Assalamualaikum w.b.t.
Saat teknologi semakin maju,
tatkala peradaban makin runcing,
nilai akhlak pula runtuh.
Maka harus lah kita cari pihak untuk dipersalahkan.
Oh penat!
Generation gap.
Gua syak ramai yang rasa,
dalam masa sepuluh tahun macam- macam boleh berubah.
Dari zaman perang dunia keDua, Cold War, lompat ke generasi X, ke generasi Y ke generasi yang gua rasa nak keluh banyak kali.
Ini bukan kelas sejarah nak belajar rentetan peristiwa.
Palitan cerita entahkan palsu atau tipu.
Hah.
Mengenang zaman budak- budak,
zaman tumbesaran kencang.
Sangat berbeza dengan situasi sekarang.
Gua dulu- dulu ada lar kenangan berkejaran atas tanah dengan kawan, main hujan, main kekawen, stok hampir semua permainan tradisional pernah cuba.
*kekening*
Dah besar sikit baru kenal internet,
tu pom zaman dial up jenuh tunggu...
Yang gua nak kisahkan.
Haih, nak salahkan internet lah macam ni.
Sebab nak salahkan media cetak ala surat khabar tu,
mana ada orang baca dah kan?
Buat bungkus nasi lemak sedap lah.
Antara internet dan kebebasan bersuara.
Sehingga tak tahu limit kepada sesuatu perkara itu.
Sort of, improperly behave or overly outspoken.
Improperly behave tu kalau depan mata lakunya memanglah nampak,
tapi kes overly outspoken ni masalah.
Masalah sebab sesedap ubi je nak pom pang komen itu ini membuta tuli.
Terlebih perasaan ingin tahu,
Curiosity overdose.
Sudah kurang istilah "sami' na wa ato'na"
Oh, kami dengar dan kami taat ni bukan dalam konteks agama.
*maaf*
Liberal tak kacak. Sebab Syumul itu indah.
Oh, kisah overly outspoken.
Di dunia maya,
sebab gua syak kalau jumpa kami kat depan- depan sah- sah depa tak terkeluar soalan atau statement macam tu.
"Keyboard warrior" lah sangat.
Buat pernyataan kat alam maya ni sulit banyak,
manusia yang membacanya boleh interpret ikut apa dia nak.
Perception.
Only perceive what he wants to perceive.
Tapi kalau ekau dah tulis guna "capslock" tu memang saja cari pasal.
Orang yang gembira mungkin ayat sedih jadi ceria,
orang yang tengah emo pulak semua benda dia nak condemn,
orang yang skeptik petala kelapan,
*hantuk kat dinding je lah!*
Overly outspoken.
Baca komen- komen budak tak cukup umur,
soalan- soalan yang luar alam,
jenaka tak berapa lawak tak kena tempat,
statement ajak gaduh.
Sure we are lacking of common sense,
loads of manner lost,
a lil of respect.
Sebab ekau rasa,
sekarang dunia canggih,
tanpa sempadan,
kebebasan bersuara.
Semua benda ada harga...
Kebebasan bersuara lah sangat.
Kalau cakap pakai otak tak apa,
ni kes tin kosong,
penuh angin,
berbunyi klentang klentung.
Provokasi saja lebih.
Hey!
Oh,
gua nak cakap,
bawa- bawa lah belajar cara komunikasi berkesan.
Alam maya atau realiti.
Karang ayat seelok mungkin.
Jangan bagi orang salah faham, jangan bagi impresi yang kita ni "kurang ajar".
Andai apa yang kalian tengah rungutkan sekarang,
gua pernah rasa...
Gua okay je,
sebab gua tahu semua benda jadi ada sebab,
dan bukan kerja gua nak persoalkan tiap tindakan.
Tiap kerja buat wajib bermotif,
kalau tak sia- sia.
Ekau nak detail semua benda?
Apa? Nak perinci peruntukan apa?
Gua harap,
nanti ekau au kalian bertemu buku dengan ruas.
Ruas yang mampu membuat kalian mengimbau perangai kalian sekarang.
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai Tolong?
:: Salam Satu Aqidah! ::
p/s: dilemma antara hormat dan rapat. Antara pandai dan bijak.
5 comments:
bila cikya mula berkata-kata..
sobs..!
baiklah..kite check semula apa kite tulis..
cikya, tulislah pasal sebarkan benda tipu kt facebook.. ;)
kite suka cara cikya menulis..haha
tudia dia dah mula. hahaha thx lah. free sangat ke komen bnyak gila. terharu ittew. kakakaka. :P
thats why kalau marah, sedih terlampau i choose to deactivate all my social network. takut terlebih emo. lol. hahahaha. but can't avoid it. -__-'' haha..
sedih xpe. marah jangan. kan? hahaha
Miss,
haha.. entah la, ayat garang ker?
sebab geram kot...
serabai je rasa
oh, pasal orang sebar hoax n rumours kat fesbuk tu eh..
okay, akan dipertimbangkan. =)
Bulan,
haha.. dah oorang lain dah jrg blogging, yang aktif semacam macam bulan la jadi mangsaa...=P
Oh, sedih takpe, marah tak boleh?
*nak marah jugak*
huhhuh ;)
dlu kte ade study sbjek komunikasi berkesan utk kaunseling . hew hew hew ..
demm , apesal guwa bc entry lu smbil nyanyi2 ?? haha
aku kalau pikir sabar dalam diri.dah ade dah yang kne ayat paling kejam dari aku setakat ni..nasib r aku takde rase nak buat macam tu lagi.. bahase tak jage ikut suke die je..
Post a Comment