Assalamualaikum w.b.t...
*capai tisu*
Di saat gua melihat gambar junior,
tersenyum gembira menunggu detik graduasi
di samping anak dalam kandungan.
Oh!
Tamparan hidup kejap.
Dan gambar bersama suaminya di setiap default picture yang beliau ada,
terpempan lagi.
Walau berapa ketika dulu,
gua ada rasa nak tenyeh- tenyeh suami beliau sebab
sesedap ubi je 'go back and forth' masa ajak junior gua nikah.
Ceritanya,
semua nak simple dan mudah,
kita nikah pakai akad aje lah, tak payah sanding bagai,
hantaran tu awak nak ker?
Kalau kita akad nikah guna video chat aci tak?
Sebenarnya saya ada berkenan seorang kat sana, saya nikah dulu kat sana, balik sini saya nikah dengan awak pulak, takpe kan?
Sebab junior gua tu cucu sulung, anak sulung, mana boleh buat main weh.
Tapi,
tak apa lah, kesudahan mereka happpy ending inshaAllah.
Gua tengok dah takde tweet- tweet sedih beliau sejak dah nikah ni.
Alhamdulillah
*happy for you dear*
=)
Hey!
Err, bicara lar sangat.
Gua rasa, sekarang kalau ada pakwe makwe tu dah jadi 'a norm' kat Malaysia,
kalau banding saat gadis Malaya berkain batik tutup kepala, jalan kepit- kepit , tunduk- tunduk, malu- malu.
Dan sampai ke tahap,
girls or boys boleh buat pertandingan siapa ada "ex" paling banyak..
Setakat ni gua pernah tahu, paling banyak gua dengar,
member gua ada 5 "EXes".
Mula kumpul lepas sekolah, yakni,
selepas SPM,
sampai sekarang.
[If you'll carry bricks from your past relationship to your new one,
you will build the same house]
Terlalu 'curious',
gua tanya dia,
"Camne kau boleh ada banyak sampai 5 weh? Bila masa?"
*jeda*
"Entah lah, aku rasa takleh sendiri..."
Oh...
Gua terdiam,
"Tapi selama ni kau hidup sendiri 17 tahun tanpa makhluk XY okay jer? Nape weh?"
Dia sambung,
"Mula sebab nak try couple kot, lepas tu macam dah biasa. Makin besar kot, jauh dari rumah.."
Dia mengeluh.
"Sekarang kau ada siapa?"
*dia sengih sambil sedut air kelapa tepi pantai*
"Aku single, sebab frust sangat dulu, susah nak lupa. Aku ingat nak suruh mak ayah aku cari je lah.."
Untung lah member gua,
mak ayah boleh carikan jodoh.
Haha,
kalau mak gua dah surrender awal- awal bab cari jodoh untuk anak ni.
Campur dengan gua yang malas lagi,
maka terhasil la gadis bujang dengan jayanya lebih dua dekad.
Alhamdulillah.
Cuti midsem lepas jumpa dengan memember lama,
catch up few things for past few months.
Keluar la gosip dan cerita.
Antaranya part gaduh dengan pakwe atau "intermittent-boyfie".
Kagum jugak,
camne lar mereka boleh ada topik nak gaduh,
dari sekecik benda, sampai sebesar alam.
Gua tak faham.
*geleng- geleng*
Dilemma mak tak bagi nikah selagi tak habis master.
Dilemma si dia tak habis belajar lagi.
Serabai pulak gua nak fikir pasal tu...
Sebab tak boleh bayang nak gaduh dengan makhluk XY in term of lovey dovey relationship.
Yek yek.
Sat sebut pasal 'a norm'.
Orang jadi pelik kalau kita kata kita tak pernah bercinta au couple whatsoever it counts.
Lalu keluarlah statement,
"Kau jual mahal lar tu.""Memilih sangat..."
Isk,
bagi gua.
Memang nak jaga gengsi, eheh!
Tapi gua tak minat sangat part hubungan yang mana,
kena labur masa, tenaga, uwang untuk makhluk XY yang belum tentu jadi laki gua.
Serabai nama nya.
Kena pujuk kalau merajuk,
gua tak reti mujuk weh, bagi pelepuk atas bahu reti la kalau degil.
Kena mesej selalu, kalau tak selalu pom, harus lah ada allocation untuk dia.
*jimat kredit untuk student macam gua neh*
Tiap hari lahir, wajib bagi hadiah, bersengkang mata ucap happy birthday tepat 12 malam.
Kalau ada anniversary, peh.
Kena jaga emosi lagi.
Tak larat seh.
Biar lah,
gua malas... Malas nak fikir, tambah keserabutan.
Kata lah konversional sekali pun,
kuno tang berchenta neh.
Lagi senang berkawan.
Dan kalau berlainan jantina pom,
too clingy is not sweet though.
Tak payah lah couple,
masuk minang terus,
baru cool!
Kacak, Bergaya, Mutu, Keunggulan...
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hubungan Hablunminannas...
:: Salam Satu Aqidah ! ::
p/s: ada masalah, masalah mudah suka kat orang atau nama scientific dia, "Temporary Feeling".
wahaha XD
8 comments:
Hahah. Aku tak tahu nak kata apa. Ayat mudah hadam, sebab bangangnya belia remaja tentang agama. Tentang perasaan, harus sahaja dititikkan pada jalan agama. Tentang couple bagai, aku sendiri pernah terjebak, dan semua itu adalah kebodohan yang hakikat. Semuanya kerana nafsu yang tak reti dikawal dan terlalu kuatnya godaan seorang gadis. Hahah.
*Apapun, ini kali pertama aku lawat blog kau, lepas kau komen minta aku update blog. Kira banyak benda menarik aku baca dalam blog kau. Bagus. Nanti kalau aku dah sampai pelabuhan, aku update. Internet kapal lembab sangat untuk update. TQ.
orang yg diminati sekejap2 tu, tak pernah ajak couple ke cikya..?haha..
woww.. cikya.. i respect u! xyh la bercintan-cintan sekrg ni... buk dapat apa pun..
Eddie,
terjebak takde hal, dah nama "ter", asalkan ada niat mahu berubah. Oh, aku tak reti buat ayat dalam dalam. sebab tulis nak bagi orang faham.
kahkah, kau couple sebab godaan gadis? pehpeh
& tenkiuu too sebab jenguk.
nanti dah update aku terjah bebanyak. =)
Miss,
haha, yg diminati sekejap sekejap tu temporary fefeeling dan dia tak tahu org suka dia. Oh, haha.. dan dulu ada yg pernah ajak couple, tapi Mac lepas beliau dah nikah. ekeke. wifey dia kiut seh. =P
Husna,
Kan Husna tak, tak dapat pape. dapat keserabutan sepanjang masa disamping dosa free ado haa.. hee =)
tu memang alasan yang cliche kot..aku tak boleh sendiri.. teringat gak member aku yang pernah kne sebab orang yang die suke tu just nak rase pengalaman berchenta je.. alahai.. ko nak merase, member aku tu yang merana lepas tu..
jumpa terus ajak nikah...kool kn?
Yes, honey. You are cool and crazy at the same time.
Post a Comment