The Other Side

Encik Tingkat 17

"Tu lah, tadi kemain aku bisik kat kau, dah Asar belum?" langkah luas- luas naik tangga.

"Eh, ye ker? Khusyuk sangat tanya pasal telefon tadi," Dodo sengih. Dari tadi tak habis duk mintak aku taja dia lima ratus semata nak trade in telefon Iphone 3G dia yang tak berapa kuno tu.

"Aaa aa aa..." sesedap ayam yakin je nyanyi masa buka pintu nak masuk ke lif. Erk! 


 
Ting! Lif terbuka, ada makhluk XY masuk. Tolong tahan pintu lif mungkin. Flash kad tingkat 17. Oh!

Sejak jadi tukang kunci buka pintu rumah, tekan lif untuk Dodo, makin kurang aku tengok flash card dia berfungsi. Tingkat 20.

Ting! Lagi kat tingkat 2. Bagus, masuk ramai- ramai sikit. Tak ada lah 'awkward' sangat.

Lepas tingkat 17. Tinggal sorang amoi, aku dan Dodo. Dia datang dekat, tunduk bisik dalam sengih.

"Handsome!" habis bisik boleh sambung buat muka selamba.

Nak layankan. "Ha ah!" angguk lelaju. Jarang aku nampak makcik tu puji spesis XY nih. Eh, tak malu pulak kat amoi yang keluar setingkat lepas tu.

Sebenarnya aku tak nampak dan tak ingat sangat muka encik tingkat 17 tu. Iyakan sahaja. Dasar rabun malas pakai cermin mata. Handsome lah kot? Wahaha. 

Lepas Maghrib tadi Dodo sambung cerita, "Dalam lif tadi jumpa orang handsome..." panjang harakat dia tarik. 

"Kan?" nak suruh aku sokong lah tu.

"Ha ah, handsome..." sengaja tarik.

"Tapi dia takde lah tinggi sangat," sempat lagi Dodo kritik. 

"Eh, tinggi la daripada kau, tinggi daripada aku, okay lar," 

"Macam setara abang aku je,"

"Ye ker? Tinggi 10 cm?" buat gaya sejengkal. "Tak lah, 20 cm kot, 180 cm ker?" Dodo dah malas nak bahas. 

"Ikut dia lah, bukannya jumpa lagi pom,"

Tapi, yang aku ingat dia pakai kemeja kelabu, slack hitam, sling bag hitam. Muka? Sah blur...
Esok nak tanya makcik tu lagi lah. Mana tahu dia nak sambung cerita encik Tingkat 17.

Entah- entah suami orang. Gaya tak pernah jumpa spesis XY je.

Hakikatnya. Isi yang nak ditekankan di sini. 
Susah lah nak jumpa lelaki tinggi. 
Kalau pergi supermarket ker, pusat membeli belah.
Rasa nak tepuk dahi je, apa kes semua gen XY macam pendek je nih? Isk isk.

Tadi selisih gerombolan buat lawatan apa kat kampus, nak kata budak sekolah, muka dah matured, tapi...
Stok tinggi budak tingkatan 3. Tak makan sayur ker kurang kalsium masa kecik dulu?

Hahaha. Takde kerja membebel pasal tinggi pulak. Member pernah cakap, teori dia bila cakap kena dongak baru lelaki tu tingggi. Dah lar member tu stok anak dara tinggi jugak.



Pesanan penaja. Budak tengah membesar, kena bagi cukup nutrien, susu, sayur, protein. Yang penting kalsium. 

Demi ketinggian masyarakat Malaysia sejagat. =P


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Diet

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: diet bukan makanan zahir je, roh kena suap jangan keding. =)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

2 comments:

kay_are said...
March 3, 2013 at 1:39 AM

ye ke? aku rase aku ngan member2 aku kategori tinggi.. jarang aku jumpe lelaki yang rendah ni..

[Reply to comment]
cikya lah said...
March 3, 2013 at 6:40 PM

Haha. Kay are. Habis anak sape la yang tak cukup inci nih... :)

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.