The Other Side

Cerita Tentang Yaya

Assalamualaikum w.b.t.

Yaya tilik kotak empat segi. Tak berkelip. Mendongak sambil kesepuluh jari sentuh rata kaca.
Teruja. 

:: 1999 ::

Yaya belek Majalah Keluarga yang Mama beli.
Cerpen dalam Wanita hajatnya nak baca selepas ni, selepas hari terang dikit.
Karna selepas cerita pendek, dia boleh sambung tentang kisah mistik.
Remang kadang.

:: 2000 ::

Hari ni Yaya kena pecat jawatan. Kelakar.
Bukan kena lucut segala, dia cuma pengawas dalam latihan. Tak hendak lansung jadi mak pacak tiap pagi catit nama budak datang lambat.
Yaya tahu, dia sendiri datang lewat.
Walau rumah sekadar 200 meter dari pagar sekolah.

:: 2001 ::

Bosannya masuk kelas pandai. 
Yaya budak baru. Tak ada orang nak layan.
Tepi tingkap, hari pertama sekolah.
Yaya sengaja pilih belakang sekali, kerusi sebelah masih kosong.
Dia tunggu teman yang senasib dipinggir di kelas elit.
Termenung sisip kaca yang rongak.

:: 2002 ::

Karna Yaya tak ada geng sangat dulu.
Ketinggalan nak isi borang mana untuk sambung belajar.
Yaya masuk sekolah gah itu lewat sehari.
Untung Yaya. Sesuka hati pergi beratur masuk kelas Muzik.
Ya, Yaya memang degil.
Kononnya masuk kelas belajar bahasa Arab dan Seni itu membosankan dan tipikal.

:: 2003 ::

Oh! Yaya tinggal di asrama. Dia dah ada geng kepala biul.
Yang berprinsipkan,
"Rules are made to be broken."
Percayalah, Yaya masih tak cukup akal.
'Clan' Yaya sangat menjaga satu sama lain.
Kami tak pukul orang, kami pukul jiwa hati minah berlagak atau tersasar di jalan yang benar.
*bisik hati Yaya*
Selepas keluar musyawarah tak rasmi dengan perempuan cantik yang baru terjebak dalam kancah 'couple'.

:: 2004 ::

Yaya masih nakal. Cuma terpisah sedikit dari geng.
Dia mahu keluar asrama, katanya ingin kelas tuisyen.
Berbeda sungguh menjadi pelajar harian atau pelajar asrama.
*Yaya lap peluh rincik sebum di muka*
"Mana Abah ni, janji nak ambil pukul 5.30 p.m.."
Kenangan pahit Yaya,
orang selalu curi artwork dia.
*acap kali kayu/ papan playwood siap potong hilang dalam bengkel*
"Isk, tahu lah tak reti guna gergaji dan pahat, jangan lah curi, tak reti aku boleh ajar/ tolong buat"

:: 2005 ::

Air mata Mama tumpah. Yaya tak dapat 'Straight A'.
Eh, Mama nangis ker? Terkilan je rasa. 
Sebab Mama tahu Yaya mampu dapat 8A's.
Tapi Yaya selamba sahaja.
Sebab dia tahu itu silap dia, esok kertas Pendidikan Agama Islam,
malam tu dia main dengan kucing terbiar.
Terkikik ketawa seorang tepi meja.
Penat ransang bahagia terus lena.


:: 2006 ::

Sekali lagi tercampak ke kelas pertama.
Bosan lagi.
Yaya nakal. Tapi dia ada member yang boleh geng dari kelas dahulu.
Ada orang serkap jarang kami lesbian.
Oh! Hanyut Yaya sepetang fikir tuduhan perempuan itu.
Akhir, member Yaya tembak tepat.
"Gila kau lesbian, aku straight okeh. Kau pom sama."
"Hahaha"
*Yaya gelak lepas selepas solat Zuhur sebelum kelas tambahan bermula*
Entah. 
Yang melihat kemesraan kami, mungkin tak pernah arti apa itu 'clan', apa itu sahabat.

Aku sayang dia lah!


:: Sekarang ::

Yaya tilik kotak empat segi. Masih terlopong kerana teruja.
Cuma kota itu makin leper, sudah tidak ada butang besar- besar di tepi.
Teknologi LED kata 'developer'.
Eh! LED.. Macam litar elektronik yang Yaya tolong member pateri dulu ker?
Litar Flip- Flop yang rasa nak muntah bila nak cerna 'route AC/DC'
Dia sentuh skrin rata.
Rasa arus aruhan elektrostatik.

3 dimensi. Dia lukis kenangan lakaran 2 dimensi. Jalan Yaya tempuh tuju titik 1 dimensi.


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Kenangan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: Yaya adalah seekor kucing. Kucing yang ada schizophrenia. Yaya si kucing yang berlagak mahu jadi manusia karna insan punya akal. Yaya bosan hidup sekadar makan dan tidur.




Heh, siapa nak Ayat balik ???

6 comments:

Pujangga Sinis said...
September 30, 2012 at 10:29 AM

'Kalau hidup sekadar hidup, Babi di hutan juga hidup. Kalau hidup sekadar kerja, kera di hutan juga bekerja' Hamka....

Walau x paham [errr...sorry xroti bace ayat bersirat], tapi last sentences sangat sentap ^^

[Reply to comment]
kay_are said...
October 15, 2012 at 1:25 PM

aku paling tertarik ngan statement arab and seni tu.. macam stail sekolah aku je ade pilihan camtu.. last2 aku amek arab ngan muzik.. hmm.. confuse2..

[Reply to comment]
Alif Haris said...
October 31, 2012 at 8:53 AM

diari rupanya ni :)..

skrg tgh amik kos elektrik ke. kt mn?

[Reply to comment]
Cikya said...
May 14, 2013 at 2:08 AM

Oh. Quote Hamka.. :)

Hidup wajib bermatlamat walau tuannya kadang hilang arah bak nakhoda dipukul taufan.

[Reply to comment]
Cikya said...
May 14, 2013 at 2:10 AM

Boleh ambik dua dua arab & muzik? Best nya... Kami boleh pilih satu.
Seni lukis memang fail sebab tak kreatif lansung.

[Reply to comment]
Cikya said...
May 14, 2013 at 2:13 AM

Bukan diari ni Alif. Kronologi.. Haha

Tak lah. Jurutera elektrik tu citacita masa form 2. Lani blaja simpang jauh ke Farmasi. :)

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.