Assalamualaikum w.b.t.
Pertama-tama gua bersyukur belajar kat side campus kuala lumpur ini.
Hoh.
Boleh lar berlagak update status Y!M ker, skype, facebook bebel yang kL ni panas...
ibarat summer versi Malaysia.
Sangat berlagak.
Hujan merungut, panas merungut, mendung pom merungut.
Nak bebel banyak-banyak, gua cadang pergi bina planet sendiri.
*kalau mampu*
Kedua,
kelebihan side campus ni,
andai tak segempak di Bangi,
sekurang nak pergi mana-mana senang dan dekat,
LRT, Monorel, KTM sejengkal *tipu* sampai.
Naik teksi sahaja, walau starter fixed rate memang RM3,
cepat sampai timing waktu keluar tak jamm.
Sebenarnya gua nak cerita,
teksi tu sangat penting untuk bawa barang-barang gua waktu balik kampung.
Dalam RM5-6 ringgit dah boleh sampai Hentian Putra.
Tapi kena jalan lintas jejantas tunggu teksi depan hospital bersalin harga macam tu.
Dari dalam kolej dekat RM10, tu rezki ada teksi yang lalu.
Satu kes:
Gua tertido, bas pukul 12 hari Jumaat,
Allah, jalan jamm amat.
Sedar member ketuk bilik pukul 10.30 pagi,
mahu pecut campak semua dalam beg, lari gaya kejar kapal terbang tapi kejar masa cari teksi.
Rezki ada teksi kat luar, dalam perjalanan nak sampai,
gua telefon syarikat bas tu,
merayu cuak takut terlepas bas mintak tunggu gua sampai.
Encik teksi India: Belajar sampai mana? Form apa?
Gua: Ek? Borang? Form? *cuak tak habis*
ETI: Tingkatan? Belajar sampai mana?
Gua: Oh! Tngkatan 5. Masuk matrik, sekarang tengah degree... *sengih-sengih*
ETI: Bagus. *sengih balik*
Gua: Eh? Kenapa?
ETI: Saya tengok you lain...
Gua: Lain? *haa Sudah, lain kut mana...*
ETI: Berbeza perangai orang yang belajar ni.... *panjang dia tarik*
Gua: Oo, hee. Entah lar, saya pom tak tahu, atas orang jugak. *senyum sambung cuak*
Ending cerita: Encik teksi tu bagi nombor telefon dia kalau nak guna teksi, tapi gua silap hafal.
Duhhh! Macam kesal ada jugak. Sekali gua telefon mamat Siam mana entah angkat. *_*
Kes dua:
Ni naik depan kampus nak balik sehelai sepinggang rumah,
bawak backpack je sebab ada laptop.
Encik Teksi India lagi: You orang kelantan ker?
Gua: Ha ah. Nampak sangat ker?
ETI: Itu, pergi Putra. Tapi tak ada dengar cakap kelantan pom?
Gua: Erkk. Kan cakap kelantan orang tak faham.
ETI: Itu dulu saya ada suka satu orang kelantan. Tapi abang dia tarak kasi saya kawan sama adik dia. Terus putus. Perempuan kelantan ni bagus-bagus. Tak macam kat kL ni..*banyak dia bebel banding-banding, gua tadah telinga ja*
Gua: Ooo..
ETI: You sudah ada orang ker?
Gua: Ek? Orang? Err... Tak kot...
ETI: *sengih-sengih* Saya ingat kalau jumpa you sekali lagi tu ada jodoh dengan you lar...
Ending: Alhamdulillah dah sampai Putra, kalau tak gua nak goreng camno tak tahu. Sengih je memanjang....
Haih, gua balik cerita kat Ma.
Ma gelak tak habis...
Orang India pom boleh.... Sempat jual minyak kan.
Gua tak tahu. Tapi yang pasti,
orang mana pom , kelantan ker, kL ker, mana-mana..
Kalau pandai bawa diri, ikut syariat, tak buat benda pelik-pelik...
OK sahaja...
Jangan main sentimen kenegerian assobiah sangat eh,
gua manusia semua sama je...
Beza tu kat dalam.
Omputish cakap,
Rotten inside?
Nauzubillah.
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Akhlak
:: Salam Satu Aqidah! ::
5 comments:
orang india pun boleh.. tarak hal r.. =P mesti cun ni sampai pakcik teksi nak tekel.. tapi betul r.. mane2 negeri same je.. yang penting pandai jaga diri.. em.. lame dah tak naik teksi..
Bestnya boleh balik kampung.... :D
I like the phrase "Beza tu kat dalam".
Totally true. ^_^
pandai pun.
jarang aku jumpa ore klate hok biaso biaso jah. adop kenegerie ngat.
comey gitu mek.
ceh poyo je nak kecek klate, haha kbye
oh
mek kelate rupenye
haha
ayh sy org kelantan gak
tapi sy xreti ckp kelantan
bole?
*peace*
Post a Comment