Assalamualaikum w.b.t...
Selepas berhempas pulas kejar waktu, kejar monorel pergi Lowyat beli external keyboard.
Garanya keyboard laptop 'short' ker 'jemm' ker 'hang' sampai 'auto delete' apa sahaja yang gua taip.
Gagah tanpa kantuk sambung buat kerja kat 'library',
kena hantar ASAP tengahari itu jugak,
gua masih menaip ketuk-ketak-ketuk keyboard baru dalam kotak,
di saat member dah pergi makan tengahari.
Ada sorang budak kat meja depan,
member dah lari, secara tak lansung,
gua ter'face-to-face' dengan dia.
Awal lagi gua dah perasan, apa pasal budak ni macam kacau je sejak gua sampai?
*gua betul-betulkan jambul*
Sambil taip gua eja,
mulut kumat kamit.
Budak kat depan, tengah baca nota tapi tutup-tutup muka.
Tak nak tengok gua gamaknya...
Persoalan gua:
- Muka gua pelik ker hari ni?
- Budak tu kenal gua ker?
- Gua kenal ker budak tu?
- Rasanya gua dah taip sesenyap yang boleh?
- Ker sebab gua tenyeh hidung sampai merah?
- Takkan berkenan kat gua kot?
*kahkahkah*
Nyatanya,
budak tu keluar 'library' lagi awal dari gua,
dah nak tido pom tak lena,
pusing letak kepala banyak kali atas meja.
Dengan ini, gua sendiri mem'banned' gua dari masuk library semata nak taip-menaip.
Masuk untuk tidur boleh...
Eh!
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Mata
:: Salam Satu Aqidah! ::
p/s: bajet Taylor Swift sampai orang nak terancam kan...
0 comments:
Post a Comment