The Other Side

Edisi Gua | Ilusi Mata

Assalamualaikum w.b.t...

Gua...
Nak cakap gua dah pergi kursus kahwin kat PWTC ahad lepas,
pakai blouse dengan jeans, nasib tak sauk sneakers je...
Sampai sana boleh kata, 98% pakai baju kurung, kebaya atau jubah.
Gua dalam hati macam..
"Sumpah kantoi single lagi kan?"
Member gua cakap,
"Dah ada perkataan K.U.R.S.U.S, sebab tu formal kot..."
Nasib lah..
Gua pom tak pakai handbag, sling bag nak cecah lutut ada lah...
Lagi,
"Memang single kan?"

Ceritanya,
Gua pernah dengar ker baca 'quote',
Lelaki kacak bergaya handsome ni biasanya 'taken'...
tak pom 'gay'.
Ayat pertama gua dah angguk laju..
Ayat kedua angguk laju-laju lepas tu geleng?
Macam mana?

Ahh..
Ruginya muka kacak tapi dah diambil orang, itu gua tak kisah sangat.
Yang gua kisahkan sangat....Kenapa mesti gay?
*eyes rolling*
Ruginya....
Bukan lah maksud gua, kalau kau tak kacak nak gay ker apo ikut suka...
Cuma...
Ermm...cuma, sayangnya genetik kacak terbazir..
Kehkehkeh...

Kadang gua dengar orang persoalkan, antara Rupa dan Agama, mana kau nak pilih?
Kalau lelaki jawab pilih Agama, gua pasti dia memang tengah berbelah bagi..
Lepas tu ada yang jawab, kepada yang pilih Agama...
"Hipokrit, sebab dengan Rupa tu lah kau akan hidup sepanjang hayat dengan dia, dan Agama boleh dibentuk..."
Mak gua cakap,
"Dah kalau jahat yang memang tak boleh lentur kau nak buat camno? Berapa ramai bini cantik yang nusyuz bla-bla-bla."
Bagi gua, ramai yang tahu dan sepatutnya tahu..
"Hidayah itu milik Allah, kena cari..tak boleh sesenang cakap Hidayah tak sampai lagi."

Gay? Straight tapi tak berapa nak straight sebab tak boleh lentur nafsu? Super straight?
Gua harap, Allah kuatkan iman kita....

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Nafsu wa Selera

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: Pandangan itu menipu....

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Untung lah kahwin awal?

Assalamualaikum w.b.t...

Tahun ni je dah dua coursemate kahwin,
Seorang masa cuti 4 bulan hari tu, dalam bulan 6,
Seorang lagi lepas raya haji.

Apa yang untung?
Sebab,
Dua-dua suami mereka dah kerja,
Kira dah lepas kahwin, masuk cuci kaki tangan..
Hee...
Seorang rumah siap bila dia dah grad,
Seorang lagi memang semua lengkap --> rumah, kereta bla3~
Rezeki yang Allah letak, kita mana tahu..

Ada yang bertatih bina keluarga sama-sama,
Macam dua-dua kahwin baru habis first degree...
Kira harta yang dicari harta pencarian.
Macam kalau nak buat drama halau-halau dari rumah pom macam tak berapa nak kena,
Sebab,
Kongsi beli kan?

Mana lagi best?
Masuk cuci kaki tangan ker, 
Build the whole life together...
Susah senang tanggung bersama...

Aku?
Tak tahu...
Hahaha...lepas raya Haji nanti nak teman Ma pergi kenduri kahwin kawan dia dari zaman sekolah dulu,
Erkk, mak cik tu ada anak hensem dan reliable tak?
:)

Lagi, memang terlepas dua-dua kenduri member tu,
Sebab bila minta kebenaran Ma nak pergi walimah mereka,
Ma cakap, 
"Jauhnya...nanti Cikya kahwin, mereka belum tentu datang, pengalaman Ma dulu, yang dah kahwin susah sikit nak datang..."
Aku,
"Takpe lah gitu."
Haa, dua-dua orang Perak, berbeza daerah je.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hubungan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: renovate lagu I Need A Doctor by Dr Dre

I'm about to lose my mind
Finding you for so long
I'm running out of time
I need a husband
Call me a husband
I need a husband, husband
To help me face the life...

*eyes rolling*

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Naluri Perempuan, Ker Aku Seorang?

Assalamualaikum w.b.t...

Selepas menonton MV I Love You Like A Love Song by Selena Gomez,
Maka timbul lah naluri membazir dan perasan comel...



Ada ker pakej jurugambar + jurumekap berjantina perempuan sahaja,
Yang reti dolling up nih?
Erk...
Maksudnya, depa buat pakej grooming perempuan buat photoshoot..

Dan grooming di sini,
Bukan dalam erti kata,
Tepat cukup 15 minit gambar siap,
Terus aku upload kat facebook 
Album tajuk,
:: It's Me ::

Tak,
Serius, aku seorang je ker fikir nak dolling up pakai cantik-cantik ??
Bukan nak tunjuk kat sapa-sapa,
Saje buat koleksi peribadi,

Mana tahu dah tua, ker,
Tunjuk kat anak,
Ni Ibu, cantik kan...
*senyum simpul*
Nak cuba tempek mekap tebal-tebal nih,
Setakat reti calit lipbalm, eye liner dengan bedak mana cukup..
Buat style rambut pelik-pelik...
Tapi takde lah sampai kena pakai rambut palsu/wig
Tak boleh, dosa...

Macam,
Orang yang rambut lurus, sibuk nak kerintingkan rambut,
Yang ikal iri dengan menggila buat rebonding,
Apa yang Allah letak tu, dah terbaik buat kita..
Tak payah lah nak ubah...
Kan?
Habis kalau suami suruh isteri buat rebonding macam mano?
Hee...

Tabarruj,
Berpada-pada lah....

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Niat Tak Menunjuk

:: Salam Satu Aqidah! ::


p/s: eh, aku serius, ada ker pakej untuk dolling up tu? :)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Tengok Sudah, Tak Payah Scan..

Assalamualaikum w.b.t...

Jumaat lepas,
Packing backpack sumbat laptop,
Sling bag letak duit dan segala harta yang penting sepanjang jalan..
Nak balik Kelantan,
Jenguk Ma, Abe dan Kucings kat rumah....

Rasa pakai tak menjolok mata,
Blouse longgar, jeans longgar,
Tudung pom cukup labuh tutup lepas syarak,
Sauk kasut BUM cikai je...

Singgah The Mall,
Cari gajus, pistachio, dan bertih jagung nak balik masak kat rumah.

Tunggu bas Transnasional,
Stesen Bas Putra tengah renovate...

Duk tunggu, kat tempat duduk tu ada suami isteri,
Yang si suami tu, duk tengok aku macam tengah buat CT Scan je..
Ciss..!
Takkan lah dia compare dengan bini dia kat sebelah kot?
Agaknya sebab depan kasut aku tu comot sikit,
Tak pernah basuh...hahaha

Kalau tengok sekilas takpe jugak,
Ni macam dah ada gaya buat muka tengah analyse Ratu Cantik?
Ciss lagi..



[cungkil biji mata nak?!]
 
Tiba- tiba aku rasa tak selamat walau diri macam dah tutup penuh..
T___T

Tengok anak orang berpada-pada lar...
Rasa nya takde buat muka kerek pom masa tunggu bas tu..

Jaga pandangan mata...jaga...
Bini dia OK jer aku tengok..
Hahaha...
Lelaki itu kelakar...
Dan menakutkan...serta pelik...
Pheuuwww~

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Pandangan Derr..

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: apa lar perasaan orang yang bukak-bukak bila jejantanss tengok depa?
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.