Assalamualaikum w.b.t..
Ke hadapan kekasihku nan jauh di sana..
Selamat berjuang, dinda kirimkan lagu Si Baju Hijau untuk kanda
Harap bait lagu itu mengingatkan kanda untuk terus berusaha..
Dinda sayang kanda!
Hahaha...
Apakah itu ??
Corny! Dan aku tak rasa ada lagi orang guna ayat macam tu sekarang..
Kalau nak tuju lagu pom tuju lagu Baik baik Sayang..
Okeh, aku suka lagu tu.. :D
Aku nak cerita bukan pasal toxicated lovey-dovey heart feeling kat pacaran okeh.
Ini hikayat cara menyalurkan rasa tidak enak
Ya! Rasa-rasa tidak enak seperti meluat, menyampah, tidak suka, tidak puas hati, rasa tertekan..bla3~
Aku bukan ada masalah kamu nak rasa tertekan ker tertipu ker ape.
Aku cuma bosan bila...
Bila kamu tertekan, dalam sehari adalah dalam 5-10 kali kamu post pasal ketensenan kamu itu.
So what, kamu tensen, aku pom tensen juga..
tapi tak adalah aku nak menayang nak tunjuk kat semua list 'friend' aku pasal masalah aku
Menjerit merintih aku tensen.
Oh! Itu bukan cara aku..
Senyap-senyap sudah ar beb!
Kamu nak meraih simpati atau perhatian murahan ?
Ahh, aku tahu, bila kamu buat post kecewa tensen, akan adalah..
Komen-komen..cuba menaikkan semangat kamu..
Okeh, layanlah sebab mereka 'friend' kamu..tapi tak kan lah aku nak hadap post kekecewaan perasaan kamu tiap-tiap minggu beb!
Muntah aku..
Tensen pasal study, accepted, for a while,
Tapi kalau tiap-tiap kali exam kamu post pasal tensen exam..
WTH??
Get used to it..
The path that you chose,
Aku tak kisah pilihan pertama kamu ker, pilihan keluarga ker,
Terima seadanya lar, dah jadi student bertahun-tahun
Again, get used to it beb!
Aku pom bersyukur dengan jalan yang telah Allah bagi kat aku
Dah memang aku nak, Allah Izin, aku terima, Alhamdulillah
Sebab susah payah aku belajar, aku ingat, belajar kerana nak dapat keredhaan Allah
Tak payah ar nak merungut..
Buat sakit mata aku nak membaca.
Tak pasal-pasal aku ragu-ragu kamu ni ikhlas ker dalam belajar.
Tu kalau kamu post pasal tensen study.
Tapi kalau kamu post pasal kekecewaan rasa hati..
Perasaan dilukakan sebab bertepuk sebelah tangan..
Atau tersyok sendiri ingat ada orang syok kat kamu
Atau putus harap sebab kamu berharap pada orang yang salah
Sudah-sudah lah.
Bukan kamu jer yang makan hati, aku pom makan hati sebab hendak tak hendak, terbaca jugak sebab dah kamu ada dalam 'friend' list aku
Lepas post patah hati..
Berderet pulak kamu post status..
Yang aku baca macam ada gaya nak bagi tahu hidden message " I single taw! "
Berkias-kias kamu nak bermadah nak bagi tahu kamu sudah ok,
Dan lagi..
" I single taw! "
Sudah lah. aku sudah muak.
Maaf, adakah aku tidak ikhlas dalam menjadi friend dalam 'friend' list kamu ?
Cukup lah..
Akhirannya, aku :: Hide all post from Kamu.. ::
Maaf, aku bukan nak kurang ajar ker bajet dah ramai kawan sebab remove post kamu..
Cuma, aku tak nak tambah dosa, bila aku duk kutuk kamu diam-diam..
Tak Nak..
Aku mahu bahagia..
:: You are so good in writing as I'm so good in mumbling ::
Biarlah, biar aku layan hidup aku sorang-sorang lagi senang..
:: Baik jangan baca, kalau baca sakit mata, sakit mata aku terus sampai ke hati.. "
Yang aku tahu, berharap lah pada Allah..
Pasti kamu tak akan berputus harap..
Apalah sangat yang kamu boleh harap dari manusia ni
Dah taraf hamba pom, back to Owner..
He's the Mighty of all mighty..
Aku tak nak promote diri " I single taw! "
Aku nak promote yang..
" I'm married taw! "
Tapi tu tunggu beberapa tahun akan datang insyaAllah..
Habiskan belajar dengan betul, tolong parents dan sesiapa yang memerlukan..
Jodoh memang tak datang bergolek, tapi tak payah lah nak bergolek-golek menggatal bila tak kena masanya..
Your Mr. Right will come just when the time is Right
All praise to Allah..
Jaga diri, Jaga Bahasa, Jaga Iman..
:: Salam Satu Aqidah! ::
p/s: maaf, aku rasa aku kurang bahasa kali ini. -_-'
Heh, siapa nak Ayat balik ???