"Tak naklah,
geli." dia senyum tunduk sebelum tergelak kecil. Pandangannya ditala ke
luas padang, entah tuju kepada siapa dan apa.
Terimbas
segala kenangan. Ideologi aneh. Harapan palsu. Usikan nakal. Gelak besar tanpa
malu. Buah fikiran yang terus meluncur aku, sehingga aku sendiri terkedu.
Kusorot lihat pada pipinya yang memerah, kini sudah mula mengelak dari
memandang tepat ke mata. Kini sudah reti berlapik susun kata-kata. Kini makin
berubah meninggalkanku sepi di laman memori.
"Hm?"
dia dongak selepas terdengar keluh. Halus.
"Saya
rindu awak..."
"Hm?"
dia kelip-kelipkan mata tanda kurang erti.
"Awak,
bukan saya yang dulu."
Kulihat
matanya pula yang merah sebelum air mata bertakung, mengetap bibir. Menahan
esak mungkin. Aku bertagak-tagak samada mahu meneruskan bicara atau membiarkan
sendunya habis.
"Awak
bukan saya yang dulu..." aku cuba sambung sebelum isu ini putus terus.
Terlayar
segala ideologi aneh, harapan palsu, usikan nakal dan ketawa-ketawa lucu dia;
berulang tayang. Air mata makin kuat bergenang sebelum tangisnya pecah.
"Maaf!"
dia lari meninggal masa lalu; aku. Aku tahu, detik ini akan tiba dan dia bukan
lagi manusia yang sama. Perempuan yang lantang bersuara. Perempuan yang tahu
apa yang dimahunya. Perempuan yang sering memandang dunia akan terhenti
putarannya jika aku sudah tiada. Dia matikan aku tanpa kubur dan nisan. Dan,
aku menghantuinya dalam tidur yang panjang.
Perempuan itu
menangis dalam lena sehingga (separuh) maut segan untuk bermesra. Dia terjaga.
0 comments:
Post a Comment