The Other Side

Makan Ubat dengan Betul

Assalamaualaikum w.b.t...

Lemme see,
iya,
tahu ada orang yang tak suka makan ubat,
dengar perkataan klinik dah pecut lari kan,
tapi kalau dah sakit kena makan jugak.

Macam tak cukup 'kaw' je pendahuluan macam tu.
Anggap sahaja entry ni diinspirasikan oleh tweeting dengan member pasal gastrik.

Contoh ubat yang biasa kita makan,
Panadol aka Paracematol (Acetaminophen),
biasa telan 2 biji (500mg) sekali makan kan? -- dos dewasa
Dan ada yang sebiji tablet berdos 650mg, sebiji atau dua biji ikut keperluan. -- dos dewasa

Dos dewasa kita anggap umur 12 tahun ke atas.
Yang berpura- pura tak dewasa tapi makan paracetamol sebiji juga,
lepas tu cakap ubat tak berkesan.
Biarkan makhluk begitu.

Yang nak ditekankan di sini.
Kenapa ada ubat yang kena makan:
1. Bila perlu
2. Makan sampai habis
3. Makan sekali sehari
4. Makan dua kali sehari
5. Makan 3 kali sehari...
6. Makan selang sehari (every other day)

Secara kasar,
contoh ubatan yang hanya makan bila perlu,
ubat tahan sakit (analgesic) -- paracetamol, common painkiller, ubat tahan muntah/ loya.
Peraturannya,
kalau dah tak sakit, dah sembuh,
jangan makan ubatan tu, tak perlu makan lansung...

Secara kasar kedua,
contoh ubatan yang kena makan sampai habis,
antibiotik.
Ha ah, sangat lah wajib untuk kita makan antibiotik sampai habis ikut jangka masa yang ditetapkan.
Kalau antibiotik tu kena telan 3 kali sehari.
Mampunya makan ubat tu setiap 8 jam selang waktu dalam sehari.
Mampunya jangan lewatkan makan antibiotik.
Kenapa?
Sebab, kita ikhtiar nak sihat, tak cukup dos, 
bakteria boleh 'develop resistance' terhadap antibiotik tertentu.
Dan, 
antibiotik hanya untuk treatment bacterial infection.
Thus, I could never brain why 'some' medical practitioner would simply prescribe antibiotic without any possible bacteria present.

Secara kasar ketiga,
keempat, kelima.
Dah kalau uba tu kena makan sekali sehari, makan sekali sahaja.
Ikut aturan, makan selepas makan atau sebelum makan.
Makan dengan perut kosong atau makan dengan makanan.
Sesetengah ubatan hanya makan waktu malam, (anti-kolestrol; simvastatin),
sebab ubat kolestrol bertindak lebih baik waktu malam.
Ubatan macam untuk tekanan darah tinggi jenis, (diuretic- frusemide),
makan waktu pagi, telan waktu malam kang berulang alik ke tandas buang air kecil.
Ya, sila kisah tentang sebelum atau selepas makan.
Ada ubatan yang tinggi serapannya waktu perut kosong.
Ya lagi,
sila pastikan cukup makan dua, tiga atau empat kali.
Makan sampai sembuh,
kita ikhtiar kan?

Secara kasar keenam,
ada ubat makan selang sehari.
Seeloknya, tanda hari kat kalendar, hari mana yang kita pilih untuk mula 'treatment'.
Usaha untuk sihat.

Uhuks.
Secara kasar diterangkan pasal cara makan ubatan.
Dinasihatkan telan ubatan itu dengan air kosong (suhu bilik).
Tapi nak minum air manis jugak terserah...
Sebolehnya,
lepas telan ubatan, jangan terus baring tergolek tidur.
Posisi badan biar tegak dalam setengah jam sekurangnya.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Kesihatan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: apa-apa tak faham tanya, aku cuba jawab sejujurnya :) dan se-terperinci yang mampu.



Heh, siapa nak Ayat balik ???

2 comments:

Falling . said...
September 20, 2013 at 4:38 PM

aku makan ubat ble aku rasa nak makan . hahaha pemalas

[Reply to comment]
einaa_akemi said...
October 8, 2013 at 8:21 PM

Nak makan ubat ade rules dia kan?
30 min sbelum @ selepas makan, and tak boleh minum air panas camtu kan?

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.