The Other Side

Lidah Tak Cantik?


:EDISI GUA YANG TERSOROK:
---LIDAH TAK SECANTIK TUAN?---

heh! dapat izin tak kalau nak mencarut pasal spesis ni?
*dapat ker tak, dah lepas dalam hati

ini bukan tentang mulut lonkang
bukan juga mulut tempayan
malah bukan juga mulut murai
ini mulut orang

situasi  'EH' 1 :
"eh, kenapa korang pakai seluar saiz besar? aku pakai 26 je."
"eh ****, seluar kau mengembang ke, atau paha kau memang camtu?"
"eh, tak rasa malu ke perempuan lagi besar dari laki?"
----> eh ewah! kau ingat, kau cantik sangat la keding macam tu? 


situasi 'eh' 2:
"eh, aku tak faham lah kenapa *** boleh minat budak tu. bukan ada rupa pun"
----> kau ingat, pakwe/makwe ko tu handsome/cantik sangat kat mata orang lain?


situasi 'EH LAST' 3:
"eh, bagi aku ok je yang ni, tak payah dengar sangat kata si ** dan si ** tu. beli je"
----> memang kau je yang 'up to date' pasal stylo ni kan?


ahha!
 nampak tak?
 faham tak permainan kata-kata ni?
last : eh ewah. kau ingat, semua orang hati batu ke,tak terasa dengan kata-kata kau tu?


renung-renungkan.dan selamat beramal. 

p/s: ini pengalaman orang sekeliling yang mengadu :)


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Impian Mudah, Mari Merungut

Assalamualaikum w.b.t...

Rasanya lah.
Teori ni boleh pakai kat semua keluarga,
kecuali anak tunggal.

Yakni,
tahap kebebasan untuk membuat sesuatu semakin meningkat
apabila bilangan anak bertambah.

Contoh,
akak anak perempuan sulung,
memang sah- sah ma dan abah tak berapa nak bagi makcik tu serta aktiviti 
berkhemah ker, tidur rumah member ker,
panjat bukit apatah lagi.
Ambil lesen kereta sahaja.

Sampai giliran anak tengah,
pergi balik masih berjemput,
tapi nak pergi berkhemah, yang lasak- lasak tu wajib merayu baru dapat.
Ambil lesen kereta sahaja.
Titik. Totok.

Tup tup adik bongsu yang perempuan.
Eh, kira semua dia dapat buat lah!
*dengki..dengki..*
haha.
Siap dapat lesen motor lagi.

Err.
Sebenarnya, teringin nak naik motor...
Tak dapat naik motor tayar besar,
motor tayar kecik yang biasa- biasa pom dah bersyukur.
Nak suruh adik bawa motor,
makcik tu cakap tak berani nak bagi bonceng.
Motor pom terperuk takde angin dalam stor.

Err lagi.
Helmet tak dak.
Nak tumpang orang susah.
*sedih tak kisah?*
Tapi duk fikir- fikir balik segan jugak nak baik motor.
Nak buat gaya ayu ala- ala perempuan Thailand bonceng motor...?
Sah- sah kena gelak sepanjang jalan.

Siapa mampu terperangkap kat trafik bonceng motor gaya macam ni?
Hue hue.


Tapi satu kenangan manis,
bukan naik motor,
member, Nana.
Bonceng basikal dari sekolah pergi lunch kat kat rumah nenek dia kat Jalan Bayam.
Tengahari panas- panas.
Berhenti kat lampu isyarat tak rasa segan.
Sebab masa tu tak berapa nak fikir soal segan menyegan kot?
Tak jaga gengsi.
Ahah!

Apa- apa.
Andai ditakdirkan.
Lepas nikah nanti.
Nak ajak cik abam naik motor pusing kampung.
Ekekeke.
*berangan sungguh*
Entah siapa- siapa entah.

Eh.
Rapikan tengah malam.
Sekian.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: susah bebenar nak cari gambar orang naik motor gaya ayu gitu.
haih haih.



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Encik Tingkat 17

"Tu lah, tadi kemain aku bisik kat kau, dah Asar belum?" langkah luas- luas naik tangga.

"Eh, ye ker? Khusyuk sangat tanya pasal telefon tadi," Dodo sengih. Dari tadi tak habis duk mintak aku taja dia lima ratus semata nak trade in telefon Iphone 3G dia yang tak berapa kuno tu.

"Aaa aa aa..." sesedap ayam yakin je nyanyi masa buka pintu nak masuk ke lif. Erk! 


 
Ting! Lif terbuka, ada makhluk XY masuk. Tolong tahan pintu lif mungkin. Flash kad tingkat 17. Oh!

Sejak jadi tukang kunci buka pintu rumah, tekan lif untuk Dodo, makin kurang aku tengok flash card dia berfungsi. Tingkat 20.

Ting! Lagi kat tingkat 2. Bagus, masuk ramai- ramai sikit. Tak ada lah 'awkward' sangat.

Lepas tingkat 17. Tinggal sorang amoi, aku dan Dodo. Dia datang dekat, tunduk bisik dalam sengih.

"Handsome!" habis bisik boleh sambung buat muka selamba.

Nak layankan. "Ha ah!" angguk lelaju. Jarang aku nampak makcik tu puji spesis XY nih. Eh, tak malu pulak kat amoi yang keluar setingkat lepas tu.

Sebenarnya aku tak nampak dan tak ingat sangat muka encik tingkat 17 tu. Iyakan sahaja. Dasar rabun malas pakai cermin mata. Handsome lah kot? Wahaha. 

Lepas Maghrib tadi Dodo sambung cerita, "Dalam lif tadi jumpa orang handsome..." panjang harakat dia tarik. 

"Kan?" nak suruh aku sokong lah tu.

"Ha ah, handsome..." sengaja tarik.

"Tapi dia takde lah tinggi sangat," sempat lagi Dodo kritik. 

"Eh, tinggi la daripada kau, tinggi daripada aku, okay lar," 

"Macam setara abang aku je,"

"Ye ker? Tinggi 10 cm?" buat gaya sejengkal. "Tak lah, 20 cm kot, 180 cm ker?" Dodo dah malas nak bahas. 

"Ikut dia lah, bukannya jumpa lagi pom,"

Tapi, yang aku ingat dia pakai kemeja kelabu, slack hitam, sling bag hitam. Muka? Sah blur...
Esok nak tanya makcik tu lagi lah. Mana tahu dia nak sambung cerita encik Tingkat 17.

Entah- entah suami orang. Gaya tak pernah jumpa spesis XY je.

Hakikatnya. Isi yang nak ditekankan di sini. 
Susah lah nak jumpa lelaki tinggi. 
Kalau pergi supermarket ker, pusat membeli belah.
Rasa nak tepuk dahi je, apa kes semua gen XY macam pendek je nih? Isk isk.

Tadi selisih gerombolan buat lawatan apa kat kampus, nak kata budak sekolah, muka dah matured, tapi...
Stok tinggi budak tingkatan 3. Tak makan sayur ker kurang kalsium masa kecik dulu?

Hahaha. Takde kerja membebel pasal tinggi pulak. Member pernah cakap, teori dia bila cakap kena dongak baru lelaki tu tingggi. Dah lar member tu stok anak dara tinggi jugak.



Pesanan penaja. Budak tengah membesar, kena bagi cukup nutrien, susu, sayur, protein. Yang penting kalsium. 

Demi ketinggian masyarakat Malaysia sejagat. =P


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Diet

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: diet bukan makanan zahir je, roh kena suap jangan keding. =)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.