The Other Side

Edisi Gua | Geli dan Malu Sendiri

Assalamualaikum w.b.t.

Arr... 
Dah 180++ entry dalam blog ni.
Entah banyak mana berfaedah,
banyak-banyak amat yang mengarut.
Sebab menulis sesedap rasa.

Kadang,
bila baca balik entry yang ditulis.
Pehh...
Rasa nak tepuk dahi laju-laju pom ada.
Malu...
Camno gua boleh post benda-benda macam tu.

Tak terkira waktu menulis saat jiwa kacau.
Heh!
Geli tahu, geli!
Cakap kat diri sendiri.
Cheesy,
corny...
Sikit lagi nak jadi bertih jagung berkeju.
Muntah dengan ayat sendiri.



Lepas exam nanti,
dah balik rumah.
Andai gua ada masa yang koyan-koyan,
gua kena tapis balik entry dalam blog ni.

Tepuk-tepuk perut pulak,
harap dapat hilangkan lemak.
haha..
Tepuk dahi sakit Oh!

Jaga Diri Jaga Iman Jaga Tulisan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: first time tengok bola, Spain vs France. *EURO '12*
Thanks to member for the guidance.
Gua macho, tapi zero knowledge pasal bola. 

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Random

Assalamualaikum w.b.t.

Teringat call Ma petang tadi.
Tanya kenapa tak cakap bila exam,
ingatkan exam cancel...

Oh! Ma.
Kalau exam batal, dah lama diri ni terpacak kat rumah.
Orang dah hantar mesej kat dua-dua phone,
sekali Ma cakap takde dapat satu pom.
Celcom ni dah dua kali buat macam ni.
Takpe, Ma selalu doa,
cuma tak doa khusus bila orang exam.
Lepas pass phone kat abang.

Abang dah mengadu, 
nenek aka mek kacau dia.
Mek suka cari gaduh dengan dia..

Abang: Cakap kat mek tu, jangan main kaki Abe..
Aku: Ye ker? Mek kacau Abe?
Abang: Iye, Mek ni lar, suka tendang-tendang Abe... 

*sayup-sayup dengar Ma cakap*
Yang Abe pergi gigit kaki Mek tu kenapa?

Aku: Laa... yang gi gigit kaki tu buat apa...
Abang: Alar, cakap je lah kat mek tu, jangan kacau orang.. *ulang 2-3 kali*
Aku: Ye lar, *buat-buat marah* Mek, jangan kacau Abe...deh?

Selepas bebel sikit jangan marah dengan Mek, ada nak bergaduh, takde, sibuk pulak suruh orang balik kampung ambik Mek datang rumah. Isk.. 

Lupa, tanya abang, nak bagi apa hadiah harijadi..?
Dia cakap, balik lar dulu, nanti baru bagi.
Masalahnya, pakcik tu dah beli pom belom.
Kahkahkah.
Ermm..nak ketuk mintak tolong topup beli phone baru buleh?
*adik yang baik*



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Tak tahu..

Am I making a right choice?

Yada..Yada...


Pergi study lar budak.

Cik Jeju, jangan bebel...



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Gua | Kembara Bersama Pakcik Teksi

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama-tama gua bersyukur belajar kat side campus kuala lumpur ini.
Hoh.
Boleh lar berlagak update status Y!M ker, skype, facebook bebel yang kL ni panas...
ibarat summer versi Malaysia.
Sangat berlagak.
Hujan merungut, panas merungut, mendung pom merungut.
Nak bebel banyak-banyak, gua cadang pergi bina planet sendiri.
*kalau mampu*

Kedua,
kelebihan side campus ni,
andai tak segempak di Bangi,
sekurang nak pergi mana-mana senang dan dekat,
LRT, Monorel, KTM sejengkal *tipu* sampai.
Naik teksi sahaja, walau starter fixed rate memang RM3,
cepat sampai timing waktu keluar tak jamm.

Sebenarnya gua nak cerita,
teksi tu sangat penting untuk bawa barang-barang gua waktu balik kampung.
Dalam RM5-6 ringgit dah boleh sampai Hentian Putra.
Tapi kena jalan lintas jejantas tunggu teksi depan hospital bersalin harga macam tu.
Dari dalam kolej dekat RM10, tu rezki ada teksi yang lalu.

Satu kes:

Gua tertido, bas pukul 12 hari Jumaat, 
Allah, jalan jamm amat.
Sedar member ketuk bilik pukul 10.30 pagi,
mahu pecut campak semua dalam beg, lari gaya kejar kapal terbang tapi kejar masa cari teksi.
Rezki ada teksi kat luar, dalam perjalanan nak sampai,
gua telefon syarikat bas tu, 
merayu cuak takut terlepas bas mintak tunggu gua sampai.

Encik teksi India: Belajar sampai mana? Form apa?
Gua: Ek? Borang? Form? *cuak tak habis*
ETI: Tingkatan? Belajar sampai mana?
Gua: Oh! Tngkatan 5. Masuk matrik, sekarang tengah degree... *sengih-sengih*
ETI: Bagus. *sengih balik*
Gua: Eh? Kenapa?
ETI: Saya tengok you lain...
Gua: Lain? *haa Sudah, lain kut mana...*
ETI: Berbeza perangai orang yang belajar ni.... *panjang dia tarik*
Gua: Oo, hee. Entah lar, saya pom tak tahu, atas orang jugak. *senyum sambung cuak*

Ending cerita: Encik teksi tu bagi nombor telefon dia kalau nak guna teksi, tapi gua silap hafal.
Duhhh! Macam kesal ada jugak. Sekali gua telefon mamat Siam mana entah angkat. *_*

Kes dua:

Ni naik depan kampus nak balik sehelai sepinggang rumah,
bawak backpack je sebab ada laptop.

Encik Teksi India lagi: You orang kelantan ker?
Gua: Ha ah. Nampak sangat ker?
ETI: Itu, pergi Putra. Tapi tak ada dengar cakap kelantan pom?
Gua: Erkk. Kan cakap kelantan orang tak faham.
ETI: Itu dulu saya ada suka satu orang kelantan. Tapi abang dia tarak kasi saya kawan sama adik dia. Terus putus. Perempuan kelantan ni bagus-bagus. Tak macam kat kL ni..*banyak dia bebel banding-banding, gua tadah telinga ja*
Gua: Ooo..
ETI: You sudah ada orang ker?
Gua: Ek? Orang? Err... Tak kot...
ETI: *sengih-sengih* Saya ingat kalau jumpa you sekali lagi tu ada jodoh dengan you lar...

Ending: Alhamdulillah dah sampai Putra, kalau tak gua nak goreng camno tak tahu. Sengih je memanjang....
Haih, gua balik cerita kat Ma.
Ma gelak tak habis...
Orang India pom boleh.... Sempat jual minyak kan.

Gua tak tahu. Tapi yang pasti,
orang mana pom , kelantan ker, kL ker, mana-mana..
Kalau pandai bawa diri, ikut syariat, tak buat benda pelik-pelik...
OK sahaja...

Jangan main sentimen kenegerian assobiah sangat eh,
gua manusia semua sama je...
Beza tu kat dalam.
Omputish cakap,
Rotten inside?
Nauzubillah.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Akhlak

:: Salam Satu Aqidah! ::



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.