Assalamualaikum w.b.t.
Sebenarnya nak publish entry ni sekali dengan entry sebelumnya,
lepas tu azamnya nak buat laporan,
ehem!
Tapi sebab otak tak boleh fokus macam terlekat kat dada gitu,
kena taip juga.
Dah biasa dengar kan,
orang pakai tudung biasa- biasa,
pemakaian tak selonggar, setebal, tertutup semua aurat...
merasakan bahawa,
orang pakai tudung labuh ker berniqab ini,
spesis manusia yang memilih kawan atau bulu.
Aci nak geng dengan makhluk yang 'baik- baik aja'.
Entah definisi baik ekau orang apa entah.
Dan entah definisi baik mereka yang tersebut apa entah.
Tapi gua bukan nak cerita tentang skeptik perempuan sama perempuan.
Isu kitar semula,
tak hipster la macam ni.
Ceh!
Err, ceritanya,
pasal persepsi laki- laki sama perempuan yang stok- stok muslimah pada zahirnya,
rohaninya gua tak nak cerita la.
Nanti,
kang datang hujah,
"Don't judge a book by it's cover" la...
Hujah,
"Gua tak tahu yang buka- buka tayang segala aset ini tidak punya rasa hipokrit."
Hipokrit kut manusia kau nampak,
yang duk berhipokrit sama Tuhan,
hujahnya,
"Itu perihal dosa pahala aku sama Tuhan..."
Okay,
*angkat dedua tangan mengalah*
Ceh, mengalah berdakwah kononnya.
Sebenarnya lagi,
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
The ripest apple might still got the seed.
We never knew.
Dan manusia yang zahirnya kau nampak sekarang,
belum tentu diri dia satu-lima-sepuluh tahun yang lepas.
Mungkin berubah ke arah baik,
mungkin bertala- tala membuang sifat buruk (mazmumah)...
Makanya,
apa dosa gua kalau layan lagu rock, techno, bla-bla-bla?
*menangis*
Ada masalah ker kalau orang macam gua tak dengar radio islamik sepanjang masa?
*kerut kening*
Isunya apa kalau gua bawa kereta laju? Imej muslimah?
*tarik muka*
Lagi,
dan andai berpakaian tutup, apa ada tatacara gua tak seharusya bergaul dengan manusia berimej lain?
*hentak meja*
Gua nak cakap,
siapa- siapa yang sekarang,
yang kau nampak macam baik.
Penegasan,
*macam baik*
dia tak semestinya lahir dalam keluarga yang penuh tarbiyah( didikan) agama,
dari kecil diajar tutup semua,
dia dahulu mungkin penjenayah sekolah tahap satu,
rebellious kid who's found way back,
pernah punya ilmu agama nilai kosong.
Kita tak tahu.
Mungkin,
dia cuba berubah dari luar ke dalam,
perlahan ubah cara pemakaian,
sambil baiki amal ibadah.
Lebih baik berubah dari dalam keluar,
kesannya InshaALLAH lebih kekal,
dan biasanya,
perubahan ke arah kebaikan itu seiring.
Sebelum nak cop siapa- siapa,
punya perangai gila- gila,
ingat,
"Dia yang dahulu belum tentu dia yang sekarang."
Yes, first impression counts,
but,
let it slides,
don't judge or assume, instead you should ask.
"Al imanu yaziidu wa yankuz…"
Iman itu naik dan turun... =)
Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Pandangan
:: Salam Satu Aqidah! ::
p/s: pertama kali gua jadualkan publish entry. *sengih kerang*
0 comments:
Post a Comment