The Other Side

Antara Tunang Tak Jadi dan First Crush.

Amaran:

Do not drink caffeine based drink after 4 p.m,
and you'll end up blogging at this hour..
T__T

Dah siap baca 3 Qul + ayat Qursi + mengucap..
Tutup mata...akhirnya bangun bukak laptop..
Sebab otak menerawang sangat lah jauh.
Harap omongan malam berfaedah.

Review drama korea Dream High,
Go Hye Mi pilih, Sam Dong, bukan Jin Guk.
Buat aku teringat nasihat member sebelah bilik dulu.

Dia,
Kau pilih je yang dekat, selalu ada dengan kau,
Mudah nak cari bila ada apa-apa.
Dia jauh sangat, lagi pom susah nak contact kan?
Jumpa pom tak pernah...

Macam tu lah lebih kurang...
Aku senyum je.
Fikir logik.
Tapi tak senang,
Heh, senang je lah...
Aku Berhati Besar

Batuk-batuk-batuk...
Temporary Feeling

Entah lah.
Muda..yeah.masih muda..
Jalan pom masih panjang untuk diredah.

Tunang tak jadi kenapa?
Sebab...
Masih terlalu awal...

First Crush?
Biar kan je lah..
Iklan yang datang hanya untuk membungakan jiwa sebentar..
Dah nama pom crush kan.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Jiwa
:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: esok nak call tunang tak jadi, ada kisah nak diceritakan... kahkahkah
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Lelaki Pelik di Berjaya Time Square

Assalamualaikum w.b.t...

Semalam, keluar dengan geng,
9 orang, sambut besday secara besaran dan gumpalan semua orang,
Sepanjang dua semester akan datang...

Aku dengan member cepat-cepat tunggu lif nak naik tingkat 7,
Solat zohor, 
Tunggu lif TS ni sikit punya lah lembab.

Tiba-tiba ada sorang laki ni tanya nak naik tingkat berapa,
Aku buat tak tahu malas nak layan, 
Member aku pulak berbalas kata,
Dia nak naik tingkat 10,
Dia duk tanya belajar kat mana,
Siap tersasul cakap kampung pandan tu kampung baru bla-bla-bla..
Aku masih buat tak tahu..

Akhirnya,
Dia tawarkan no telefon dia kalau nak contact-contact,
Nak belanja makan.
*dah masuk lif*
Member aku pom ambik lar no dia,
...
Tingg!
Sampai tingkat 7, terus keluar nak lari dari dia,
Tengok kau dia siap keluar lif,
Mintak no telefon kami.
Sebab dah pukul 1 lebih, 
Nak kejar makan lagi, wayang kul 2.20..
Bagi je, lepas tu tinggal dia..

Tengah tengok Raya Tak Jadi,
Sampai mesej..

Manis betul senyuman awk td.sampai nak wat keje ni pun terbayang lg pd awak berdua.mcm ni la gadis yg sy ingin jumpa dlm hidup sy

Rasa nak muntah selepas baca..
Ciss...!
Ikut suka kau lah nak terbayang apo,
Goodbye freak..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Maklumat Diri 'Freaks' Merata

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: aku jeling kat tag nama dia...
Sport TOTO Service mende entah.. Ayoyo T__T

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Balik Nanti Pinanglah Saya...

...

Kisah keduniaan...

Sebelum tidur saya tuju lagu kat awak,

You Got Me by Colbie Caillat
What If by Colbie Caillat

...

Tapi kalau tiba-tiba,
Ma awak pinangkan awak orang lain.
Lepas saya tuju lagu,

Liar Liar by Christina Grimmie

Saya tuju santau pulak eh?
Ubat guna-guna ker..
kahkahkah

Dasar perempuan terdesak.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Habluminannas...

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: esok nanti aku sambung kisah yang terkumpul setakat ni.. :)
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.