The Other Side

Showing posts with label Hijabista. Show all posts
Showing posts with label Hijabista. Show all posts

Edisi Gua | Stereotype

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya nak publish entry ni sekali dengan entry sebelumnya,
lepas tu azamnya nak buat laporan, 
ehem!
Tapi sebab otak tak boleh fokus macam terlekat kat dada gitu,
kena taip juga.



Dah biasa dengar kan,
orang pakai tudung biasa- biasa, 
pemakaian tak selonggar, setebal, tertutup semua aurat...
merasakan bahawa,
orang pakai tudung labuh ker berniqab ini,
spesis manusia yang memilih kawan atau bulu.
Aci nak geng dengan makhluk yang 'baik- baik aja'.
Entah definisi baik ekau orang apa entah.
Dan entah definisi baik mereka yang tersebut apa entah.
Tapi gua bukan nak cerita tentang skeptik perempuan sama perempuan.
Isu kitar semula,
tak hipster la macam ni.
Ceh!

Err, ceritanya,
pasal persepsi laki- laki sama perempuan yang stok- stok muslimah pada zahirnya,
rohaninya gua tak nak cerita la.
Nanti,
kang datang hujah,
"Don't judge a book by it's cover" la...
Hujah,
"Gua tak tahu yang buka- buka tayang segala aset ini tidak punya rasa hipokrit."

Hipokrit kut manusia kau nampak,
yang duk berhipokrit sama Tuhan,
hujahnya,
"Itu perihal dosa pahala aku sama Tuhan..."

Okay,
*angkat dedua tangan mengalah*
Ceh, mengalah berdakwah kononnya.

Sebenarnya lagi,
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.
The ripest apple might still got the seed.
We never knew.
Dan manusia yang zahirnya kau nampak sekarang,
belum tentu diri dia satu-lima-sepuluh tahun yang lepas.
Mungkin berubah ke arah baik,
mungkin bertala- tala membuang sifat buruk (mazmumah)...

Makanya,
apa dosa gua kalau layan lagu rock, techno, bla-bla-bla?
*menangis*
Ada masalah ker kalau orang macam gua tak dengar radio islamik sepanjang masa?
*kerut kening*
Isunya apa kalau gua bawa kereta laju? Imej muslimah?
*tarik muka*
Lagi,
dan andai berpakaian tutup, apa ada tatacara gua tak seharusya bergaul dengan manusia berimej lain?
*hentak meja*



Gua nak cakap,
siapa- siapa yang sekarang,
yang kau nampak macam baik.
Penegasan,
*macam baik*
dia tak semestinya lahir dalam keluarga yang penuh tarbiyah( didikan) agama,
dari kecil diajar tutup semua,
dia dahulu mungkin penjenayah sekolah tahap satu,
rebellious kid who's found way back,
pernah punya ilmu agama nilai kosong.
Kita tak tahu.

Mungkin,
dia cuba berubah dari luar ke dalam,
perlahan ubah cara pemakaian, 
sambil baiki amal ibadah.
Lebih baik berubah dari dalam keluar,
kesannya InshaALLAH lebih kekal,
dan biasanya,
perubahan ke arah kebaikan itu seiring.
Sebelum nak cop siapa- siapa,
punya perangai gila- gila,
ingat,
"Dia yang dahulu belum tentu dia yang sekarang."

Yes, first impression counts,
but,
let it slides,
don't judge or assume, instead you should ask.

"Al imanu yaziidu wa yankuz…"
Iman itu naik dan turun... =)


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Pandangan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: pertama kali gua jadualkan publish entry. *sengih kerang*

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Gua | Ratu Cantik Versi Muslimah

Assalamualaikum w.b.t...

Mulakan dengan monolog (baca: bebelan untuk diri)
Inilah padahnya kalau ada idea tak terus tulis.
Mari salahkan Twitter!
Hahah!
Sebab dah tangguh seminggu,
nak kumpul balik fikiran agak...
Kita sambung!

Ehem!
Sekarang tengah hangat Miss World 2013 kan?
Gua tak boleh tengok sebab semester tengah jalan,
bekalan televisyen sangat kurang.
Lagi nak streaming Miss World,
baik download video muzik PussyCat Dolls eh!
Tak, download kuliah ustaz Youtube.
Aci!

[Philippine Menang: Fresh dari oven]


Sebenarnya,
hujung minggu lepas pergi melawat member blogger,
Syerarot. 
*tak nak tulis nama penuh*
Dia bawa pusing kampus dekat Nilai naik motor hey!
Seronok tak terkira, sambil mengutuk gua menyebabkan motor tu tak 'speeding'.
Lepas pusing, cuci mata tengok Home-Deco sempena Pesta Konvokesyen universiti beliau.
Malam nanti member gua bawa makan kat Restoran Aunti Aini kot?
Glamour katanya, kalau bulan Ramadhan tak buat 'reservation' takkan dapat makan lah gitu.

Bismillah.
Ratu Cantik Versi Muslimah?
Rasionalnya kau nak buat ratu cantik versi Muslimah?
Apa Miss World sekarang tak cukup unsur agama?
Ahah!

Dah kalau namanya ratu cantik,
muslimah kut celah mananya sayang oi?!
Apa?
Nak cakap cantik intelektual?
Cantik peribadi?
Keindahan sanubari?
Clichenya saudari.
Setidaknya mesti tayang 'body'.
Menambah depresi sahaja.

Gua tengah bayang fesyen muslimah sekarang,
ehem!
Hijabista? 
Too bad honey, hijabista?
Cuba tilik balik.
Definisi mudah, "I cannot brain this." memang tak diterima lansung.
Pakaian yang menutup aurat itu,
yang mana bila kau pakai, boleh ambil wudhu,
tanpa telekung boleh terus solat.
Haa, gitu tutupnya.
*pakai stokin tebal lah*
Makanya, melihat senario kat televisyen,
apa hijabista tu tutup aurat?
Yang dipamer di dada majalah, muka suratkhabar,fesyen 'muslimah', 
tutup aurat? Kau yakin?



Apa rasionalnya perbandingan kualiti cantik intelektual, peribadi, sanubari perempuan nak ditiketkan atas nama Ratu Cantik?
Oh!
Bagi gua tidak,
tak perlu lansung. 'Branding' sebegitu.
Mereka nak ber-'ratu cantik' setiap empat musim,
ikut suka mereka lah. Kalau kita tengok, dosa sendiri tanggung.
Usaha nak mencegah, benda ada depan mata, 
'accessible'.
Nak kualiti dalaman,
blind comparison boleh.
Kalau kau berasalankan,
kita perlu wujudkan Ratu Cantik versi Muslimah,
yakni, 
untuk menilai 'inner quality' seorang manusia bernama perempuan.

Ada Ratu Cantik,
Muslimah atau tidak,
itu bukan tanda kebebasan.
Itu eksploitasi.
Bila mahu pandai, cerdik?
Muslimah sebenar, berkualiti,
tak perlu kan 'human approval' untuk rasa cantik.
Tahu?

Jenguk langit, pandang atas.
Syaratnya,
lepas 'aturcara hidup DIA'.
Deen fella. 
Deen: cara hidup.

Kesimpulannya,
a brainy girl, despite her inner or outer beauty, would never need human approval.
Faham?

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Branding

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: apakah gua feminis malam ni? Tak, selalunya misoginis! Yakin.

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.