The Other Side

Hidup Yang Besi...


Assalamualaikum w.b.t...

Life is Ironic.

Dramatically Irony,
pathetically irony...

Buat cerita tiap-tiap hari,
story line pengarah dah bagi,
tertulis rapi sebelum lahir lagi.

Tunggu ad-lib,
pelakon nak tambah sesuka hati.
Sesuka hati nak langgar janji?

Kontrak sebelum lahir kemain janji.

اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Luncur laju macam tiada kesan kat hati.
Itu andai dahi sujud pada Ilahi.
Andai 'rajin' nak lafaz diawal diri.

Lakon layar pentas dunia,

Laju tunding jari pada takdir,
Lembab nak doa minta mudah semua.

Hai hati,
kalau dah mati susah juga.
Buat tebal muka nak minta hati baru.

Selama ini dah minta bermacam gaya pernah ke segan wa silu.
Panggung kepala atas meja.

Tuhan,
ku pinta hati yang baru,
Agar lebih telus menjadi hamba-Mu...

Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Gua | Yang Terancam

Assalamualaikum w.b.t...

Selepas berhempas pulas kejar waktu, kejar monorel pergi Lowyat beli external keyboard.
Garanya keyboard laptop 'short' ker 'jemm' ker 'hang' sampai 'auto delete' apa sahaja yang gua taip.

Gagah tanpa kantuk sambung buat kerja kat 'library',
kena hantar ASAP tengahari itu jugak,
gua masih menaip ketuk-ketak-ketuk keyboard baru dalam kotak,
di saat member dah pergi makan tengahari.

Ada sorang budak kat meja depan,
member dah lari, secara tak lansung,
gua ter'face-to-face' dengan dia.

Awal lagi gua dah perasan, apa pasal budak ni macam kacau je sejak gua sampai?
*gua betul-betulkan jambul*

Sambil taip gua eja,
mulut kumat kamit.
Budak kat depan, tengah baca nota tapi tutup-tutup muka.
Tak nak tengok gua gamaknya...



Persoalan gua:


  • Muka gua pelik ker hari ni?
  • Budak tu kenal gua ker?
  • Gua kenal ker budak tu?
  • Rasanya gua dah taip sesenyap yang boleh?
  • Ker sebab gua tenyeh hidung sampai merah?
  • Takkan berkenan kat gua kot?

*kahkahkah*

Nyatanya,
budak tu keluar 'library' lagi awal dari gua,
dah nak tido pom tak lena,
pusing letak kepala banyak kali atas meja.

Dengan ini, gua sendiri mem'banned' gua dari masuk library semata nak taip-menaip.
Masuk untuk tidur boleh...
Eh!

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Mata
:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: bajet Taylor Swift sampai orang nak terancam kan...

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Mana lah Tahu...

Assalamualaikum w.b.t.

Nak pilih menantu macam susun kain baju atas bangku.
Kihkih.

Sesungguhnya,
Ma cakap,
"Tak mandi mana boleh kahwin..."

Kahkahkah.
Maka, siapa-siapa yang susah mandi pagi,
mandi sekali sehari,
rajin-rajinkan lah untuk mandi.

Alasan jimat air, jimat sabun, jimat elektrik sudah lapuk,
orang bujang je boleh guna...
Tapi, tak boleh guna jugak sebenarnya,
sebab, suci bersih itu kan bagus.
Nak solat semua, senang,
Allah pom suka.

...

Logik tak?
Kalau kita terima seseorang sebab mak kita dah berkenan kat dia?

Logik tak?
Cipta alasan, tak buat istikharah sebab takut 'bias'?

Boleh tak?
Nak buat hari pilih menantu mana yang Ma nak?
Tak kisah, asal Ma suka, orang redha je...

Boleh tak?
Jangan janji suka hati, bagi harapan sana sini.
Tak baik.
*Eh, mana ada janji suka hati...*

...

Bila dah balik kolej,
tinggal Ma dan abang kat rumah.
Kucing-kucing buat teman Ma.
Sunyinya.

Sambung dialog teratas,

Aku,
"Haha, tak sabar nak dapat menantu ker?"

Ma,
"Ye lah, anak sikit, nak menantu cepat-cepat, biar meriah rumah..."

Aku,
"Oh..!"
Sambung gelak sambil lari jauh-jauh.

Entah.
Kata orang, kawan dengan orang lain,
ber'chenta' dengan orang lain,
nikah dengan orang lain.
Nauzubillah.

Yang pasti,
kena cinta yang kita kahwin tu...
=)

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai

:: Salam Satu Aqidah! ::


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.