The Other Side

Edisi Gua | Maka Celakalah Orang Itu

Assalamualaikum w.b.t.

Mula-mula memang gua ingat bulan puasa orang dah tak main kerja bomoh-bomoh ni.
Tuju hantu belaan kau kat orang.


Memang celaka betul.
Apa yang kau dengki sangat hah?
Rezki Allah dah tetapkan,
Boleh doa, boleh usaha...

Yang kau tak puas hati pergi main santau tuju hantu
Bagi orang sakit, kau bahagia?

Bangun pagi tengok kereta kena tabur dengan pasir,
Depan rumah gua kau letak batu yang dah dijampi-jampi,
Kau letak barang dalam kelapa depan rumah gua.
Memang gua hangin.

Yang sakit mak gua, abang gua..
Kakak gua pom kau nak kacau laki bini.
Celaka sungguh.

Dendam kau habis bila family gua merempat hidup sesak,
Tak pom kau tunggu family gua mati kan?
Biar susah anak beranak.

Tak pasal-pasal gua,
Pagi-pagi mandikan kereta.
Kacak tau berbaju kelawar siram kereta tepi pagar..

Karma oh karma.
Masa sekarang kau main bomoh-bomohkan orang,
Nanti bila sampai waktu family kau kena,
Kalau gua ada lagi, nak tepuk tangan depan muka.

Nak tuju balik kat kau,
Bagi kita menderita sama-sama,
Boleh sangat,
Tapi gua, family gua anak beranak tak nak tanggung dosa SYIRIK.
Dosa BESAR tu.
Dasar manusia otak picisan...
Nafsu dengki ke longkang.

Sekian,
Hari ni kita belajar cara menggunakan perkataan celaka.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Tindakan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: manusia...manusia...kecik-kecik tak mahu mati, besar menyusahkan orang. Iskk..

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Gua | Kakak Kejam

Assalamualaikum w.b.t.

Gua masih dalam mood brader-brader.
Harap maklum.

Gua tak sangka gua ni agak kejam.
Kalau gua along kutip hutang,
Ingatan memang power sebab gua kena ingat minggu lepas gua dah potong tangan kiri,
Minggu depan gua kena potong tangan kanan pulak.
Masalah gua ingat benda yang rasa best jer.

Macam:-

  1. Tolong suap adik makan masa dia kecik tapi dia gigit tangan gua
  2. Jenguk-jengukkan adik masa sekolah rendah sekali dulu
  3. Ajar matapelajaran yang adik tak faham
  4. Rajin swing buaian adik... *mithali kan!*
[gua tahu gua baik.]

Gua tak ingat pom apa benda baik yang gua dah berbakti kat adik gua.
Biasalah,
Buat kebaikan kan kena lupakan..
Bila buat jahat jer kena ingat.
Tapi bukan gua nak ingat pom apa yang gua dah terjahat.

Semalam sambil usap perut penuh dengan nasi ayam.
Landing masih depan meja makan,
Sambung makan roti Jepun, Cheese Stick, satu lagi mende gua tak ingat.
Adik gua bukak cerita.

"Aku ingat dulu, mung pernah tendang aku, tanya, kenapa aku ada adik macam mung?"
*gua terkedu sambil gelak tak berhenti*

"Alar masa kecik dulu, mung pernah ngungkit, apsal aku kena basuh pinggan mung?"
*fahamilah naluri budak macam gua*

Sumpah gua tak ingat..
Tapi sekarang gua memang bersyukur ada adik.
Ada lar orang gua nak kacau-kacau...
Mintak pendapat keperempuanan.
Jadi Doktor Cinta gua kadang-kadang
Opps!

Gua ada abang, kakak, adik perempuan.
Nak adik lelaki gua tunggu stok adik ipar..
Gua rasa adik gua akan nikah lagi awal daripara gua lar..
*terus hafal doa bertemu jodoh!*

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hubungan Silaturahim

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: Maaf dik, gua dah duduk gaya ayu, tapi katil dah sampai masa nak patah..
Gua tak berat..hahaha :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Gua | Gua Ada Pakwe

Assalamualaikum w.b.t...

Entah kenapa dalam seminggu ni gua asyik nak cakap guna 'gua' jer.
Konon brader-brader..
Mesej dengan member gua pakai 'gua',
Tapi dia tak layan, pergi baham 'aku' jugak..
Baru rasa nak macho sikit-sikit.

Gua ada pakwe.
Percaya lah..
Tengok lar kat side bar blog gua,
Kan ada empatpuluhempat keping gambar beliau
Sampai lenguh tangan nak scroll down.
Gua faham, gua sengaja letak gambar beliau banyak-banyak..
--- Gua kan ada pakwe ---

Eh, kalau malas nak scroll down,
Header gua pom ada letak gambar beliau..
Pakai spek mata frameless.
Gua beli takde power, sebab gua suka pakwe gua pakai spek,
Kita jadi nerd sama-sama..
*padahal dalam angan gua lelaki pakai spek frameless macho*

Sumber
[pakwe gua pakai goggle pom macho]

Jangan buat-buat tak perasan,
Cuba belek entry gua yang dulu-dulu..
Setiap penghujung entry gua akan letak gambar gua dengan dia..
Pose apo lagi
Muncung itik lar, beliak mata sikit, sudut dalam 15-30 darjah dari kamera
*baik kan gua kongsi tip menggedik*
Takpe,
Pakwe gua suka gua gedik-gedik.

Hobi gua yang paling seronok,
Menghitung hari lar,
Sekarang dah 3 minggu 3 hari gua berchenta dengan pakwe gua
Jadi kalau nak tengok entry yang lama-lama,
Ada kisah gua dengan pakwe gua,
Dari tarikh 3 minggu 3 hari lepas lar..

Jangan lupa baca entry gua macam mana gua boleh berchenta dengan pakwe gua.
Tak payah susah-susah cari.
On top, popular entry..
Gua bukan nak riak..
Dah orang suka baca...
Kronologi gua dah susun dari minit pertama gua sebut nama dia
Otak kena super
Gua kan ada pakwe..

Sekian.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hubungan

:: Salam Satu Aqidah! ::

Sumber
[mata pakwe gua ada awning macam human torch]
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.