The Other Side

Cara Mengelat Solat Terawih | Tak Patut Buat

Assalamualaikum w.b.t..

Cara yang akan disenaraikan hanya sesuai jika situasi anda adalah:-


  1. Jarak rumah dan surau/masjid hanya beberapa langkah
  2. Anda belum baligh
  3. Mempunya mak/ayah yang tak kisah sangat
Pertama:

Semasa nak masuk rakaat ke-6, boleh buat-buat sakit perut nak berak. Boleh pilih samada nak cirit atau sembelit. Kalau sembelit, maka masa yang anda lengahkan untuk ke surau semakin lama. Kalau cirit sekalipun, buat-buatlah tercirit sampai terkena baju dan seluar sehingga anda terpaksa mandi dahulu sebelum ke surau semula.
--- senang cerita, buatlah alasan supaya dapat balik guna tandas kat rumah ---

Kedua:

Ambik saff yang paling belakang. Bila tok imam dah angkat takbir, pastikan semua makmumah dah ikut solat sekali. Caranya, selalu bertukar-tukar barisan saff dan orang takkan perasaan yang anda hilang di rakaat mana-mana. Kalau ambil saff terbelakang, buat-buat terpaksa ambil wudhu' semula sebab terkentut dan anda berlengah di tempat ambil wudhu' sampai tok imam bagi salam.

Ketiga:

Angkat takbir hanya bila tok imam dah nak habis baca Al-Fatihah. Nak lagi kurang sopan, tunggu sampai tok imam nak rukuk baru ikut jadi makmum. Kenapa masuk saff lambat, sebab buat-buat mamai mengantuk ala-ala blurr sampai tak perasan tok imam dah angkat takbir.

Keempat:

Sila buat-buat penat dan pening macam tak boleh nak solat. Kalau ditambah dengan rasa nak muntah juga bagus, terus tak payah sambung solat. Kena pandai kerutkan kening dan buat muka kesian. Cakap macam nak demam dan buat gaya hampir pitam. semakin terhuyung-hayang, muka kena kelam sehabis mungkin. Tunjukkan semua bukti 'sakit' kepada ibubapa anda.

[yang mana lebih penting? kerjaya atau agama?]

..........

Kenangan aku, 
sebab dulu-dulu tok imam solat terawih sampai 23 rakaat..
rasa berpeluh tak larat sangat.
nak kira bilangan rakaat tak ingat.
jadi,
bulu-bulu sejadah kat hujung, setiap empat rakaat selepas doa akan dilipat satu.
bila hampir nak penuh cukup 10, hati berbunga-bunga.
--- sebenarnya cara ini  boleh menganggu konsentrasi jemaah lain ---

..........

Pesanan aku,
kepada yang yang besar panjang, jangan ikut apa yang aku tulis tu..
memang lah solat sunat terawih tu sunat muakkad (sunat yang dituntut), tapi peluang ni hanya datang sekali setahun.
hanya sebulan sepanjang 12 bulan.
panjang umur boleh jumpa lagi, kalau tak berkesempatan,
hargai peluang yang ada sekarang..
*aku taknak tanggung dosa anda*


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Niat Sepanjang Ramadhan.

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: ibubapa boleh take note taktik anak-anak macam ni

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Cara-cara Mengatasi Masalah Gila Bayang Dengan Berkesan

Assalamualaikum w.b.t...

Anda selalu gila bayang? Hampir meroyan teringatkan seseorang,
Sampaikan pernah mintak nak ada 'selective amnesia'?
Mengigau teringatkan si dia?


Di sini ada jalan yang memang akan menambahkan penyakit gila bayang anda dengan mendadak!


    • Baca SMS, chatting zaman dulu-dulu berulang-ulang kali sebelum tidur
    • Dengar lagu yang kononnya lagu tema anda berdua sampai muak sehingga terpaksa tukar lagu tema lain
    • Setiap kali buka Facebook, 'stalk page' si dia dahulu sebelum periksa 'notification'
    • Bawa bersama gambar bersaiz passport dia di dalam beg duit, dan gambar yang bersaiz besar ditampal penuh ruang bilik wa meja solek
    • Tukar ringtone telefon kepada bunyi yang memanggil-manggil nama si dia, anda boleh record sendiri suara sadis rindu anda
    • Kat dashboard kereta ada letak gambar dia macam lesen pemandu teksi yang wajib papar tu
    • Ada hari wajib pakai t-shirt yang 'printed' muka gedabak dia
    • Di skrin komputer, wallpaper adalah gambar si dia
    • Screensaver pula adalah slides show semua tentang dia
    • Wallpaper bilik pom boleh letak muka si dia dari berbagai posisi
    • Loceng rumah pom berbunyi gelak ketawa si dia
    • Set cadar sengaja ditempah bersulamkan nama si dia

Ini bukan pengalaman....
hahaha
*tolonglah percaya!*


Apa yang aku tahu, 
Kalau benar lah dah bebetul suka kat sesiapa,
Bagi tahu dia dahulu, sebelum syok sendiri
Buat andaian bukan-bukan.
The worst thing could happen is you are rejected.
Tapi cara nak terima penolakan lar sampai orang terjun bangunan..

Be wise all..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perasaan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: ada siapa-siapa yang ada cara berkesan nak selesai masalah gila bayang? :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Dilema Menuju Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.

Lebih kurang seminggu akan menjejak bulan Ramadhan,
Lagi senang berbahasa Ramadhan dari puasa..
Entah, rasa lebih terisi kalau sebut begitu.

Biasalah, selalu bulan Ramadhan baru masjid surau mula penuh sebab ada solat sunat Terawih kan,
Ada yang bertatih melazimkan ke surau, praktik supaya kekal istiqamah sebulan itu.

Dilema pertama:

Mak cik pak cik yang solat kat surau tu
*termaktub yang aku tengok kat surau dekat rumah aku*
Saf tak rapat, memang rongak,
Dah bertahun aku perhatikan, 
Nak tegur rasa tak terluah kat bibir, lekat kat anak tekak,
Pernah aku terniat nak hantar ala surat layang kepada tok imam..
Kecewa sebab tak mampu nak tegur,
Cakap kat Ma,
"Kenapa solat tak rapat saf, takde orang tegur ker?"
Satu saf muat 6 orang, kadang 4 yang solat, 
Stail ikut saiz sejadah...


Dilema kedua:

Aku ni jenis pelupa,
Ye lah, dah masuk solat jemaah ni, selalu memang akan salam-salam lah lepas solat.
Macam, kejap aku cium tangan makcik ni, kejap tak, 
Aku tak ingat aku cium ke tak tangan dia ker salam sahaja..
Bila bertandang kat rumah dia ker, 
Selalu keliru nak cium tangan ker dakk..?
--- kalau nak buat skala layak cium tangan berdasarkan umur, macam tak terlaksana ---
Tambah lagi kalau saudara yang lama tak jumpa,
Lagi lar dilema nak salam cium tangan ke dakk..
Yang pasti, betul-betul tua dalam 55++ aku salam cium tangan lar..

[buat buduh sebab taknak cium tangan boleh?]

Dilema ketiga:

Nak pergi surau kena pakai stokin ke tak?
Ye lah, kaki kan termaktub dalam aurat manusia berjantina perempuan.
Nak buat stail makcik-makcik memang aku baham selipar jepun je,
Nenek aku lagi santai, dah gaya banjir bila balik surau, kain senteng sampai ke betis,
Dia tua, takpe, takde nafsu, lagi takut terjatuh main seret macam si muda
Pergi maghrib, dah senja, agak gelap, tapi tak cukup gelap sebab kena lintas jalan dan angkat kaki melintas..
Isyak, kalau pom kelam sekali, lampu jalan tetap menyuluh kaki...
Dilema ini,
berjawapan, 
pakai stokin, hujan pom, basuh lah kaki..

[stokin murah cantik seringgit sepasang kat Giant berlambakk]

Cukup lah dilema itu, buat masa sekarang...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Tindakan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: tok imam kalau laju sangat, kesian kat makmum/ah yang berusia...

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.