The Other Side

Boneka Ais Kering

120506122014

Perasaan sekarang tak tahu nak cakap apa.
Macam kena tipu ada,
dipermainkan pun ada.
Tapi untuk ditipu dan dipermainkan, mesti ada saham salah aku jugak kan?
Haruslah, tak boleh penat untuk salahkan diri sendiri dulu.
Dan kerja buat tingkahlaku ada balasannya.
Jadi, selepas salahkan diri sendiri.
Kita, kita mula bodohkan diri sendiri, dalam erti kata mengaku yang diri ni jahil (tidak tahu),
pilih untuk jahil (untuk tidak mengambil tahu),
kerana menjadi 'ignorant' sudah terlalu dibanggakan dan dibiasakan.
Perihal yang terbiasakan,
salah diri juga. Semua salah diri sebelum salahkan orang lain.
Itu sahaja.

Rasional tak tahu nak rasa apa selepas tertipu.
Untuk diri,
siapa suruh mudah percaya orang bulat-bulat.
Sekarang dah meremang bulu roma rasa bungkam dalam dada.
Rasa yang memberat, dada yang bergolak hebat.
Bergolak tidak tahu mahu rasanya apa.
Rasa diperbodohkan tidak seronok. Tidak enak.
Dan, untuk dibodohkan perlu beri percaya buta dahulu, sebelum tunding jari kepada penipu?
Mungkin sahaja aku boleh gelar dia, mereka, topeng-topeng kaca; tukang layar terbaik abad ini.
Aku pula boneka di layar merah, dipetakan rentak oleh tari tukang layar tadi.
Mungkin ini rasa Didi dalam aA+bB.
Mungkin ini rasa dipermainkan selepas kita bagi percaya dan kejujuran.
Rasa yang selepas menaip baris patah-patah teratas.
Rasa yang telah kutemu.
Rasa pahit, lebih pahit dari hempedu.

Jie,
ayat semalam makan prinsip aku kembali.

Jie,
"Menanam konsep redha dalam diri dan hati."
"Pahit pun boleh telan, kan?"
"Sedang dalam diri pun memang ada elemen pahit, hempedu, 'bile acid'."
"Apalah sangat pahit rasa emosi."

Jie,
sahaja aku telan kembali empat ayat yang terluah, semalam.
Pahit.

Terima kasih, Tuhan. Untuk pengajaran yang tidak putus datang.
Sayang, terima kasih. DugaMu tanda sayang.
Bersangka baik dengan Tuhan.
Bertahan kerana berTuhan.
Dan ini malam aku telan segala prinsip yang pernah dilaungkan; lantang.

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Cinta Bukan Teori, tetapi Praktikal

Assalamualaikum w.b.t.

Dah taip entry rabak, tapi tak sanggup nak publish sebab ego.
Hahha!
Dasar perempuan, tinggi sangat harga diri, kan?

Terus ke tajuk.
Pengakuan, rasa macam dah matang sikit.
Dulu macam naif (bodoh sebenarnya) teruja dengan cerita nikah konon manis.
Kah!
Percaya cinta, cuma kurang percaya cinta manusia sahaja. Boleh?
Eh, cinta manusia kot?
Dan gara-gara enak asyik cinta manusia juga lah buat aku menjadi saksi hati-hati yang patah.
Dulu memanglah jawatan Pembimbing Rakan Sebaya, tapi jadi tukang dajalkan orang pun ada.
Rules breaker.
Dulu.
Sekarang?
Masih rules breaker, cuma buat jahat seorang-seorang, rebel sendiri-sendiri.
Kurang sikit tanggung dosa berjemaah.
Ingat senang nak lawan arus sampai kena sisih?
Outcast? Ah, biarlah.
Lagi senang lari, sebab bila buka mulut dan mula membahas,
depa yang sakit hati terentap jantung.
El pernah cakap (taip),
ayat aku direct and destructive.
Allah, tak ada niat pun nak remukkan hati siapa-siapa.
Terlebih jujur, versi omputeh oblivious?
Atau jujur sampai hilang adab?
Entah.
Masih fikir nak jaga hati manusia atau jaga 'hati' Tuhan.
Kadang,
ayat direct destructive kalau ditabur ke member-member pesen askhole,
yang sakit aku, bukan mereka.
Penat karang, penat berterus terang.
Dapatnya, cerita yang sama berulang, tukar garis masa sahaja.
Hati-hati yang patah tadi.
Nak nasihat tegur pakai apa?
Dalil Quran? Sama je.
Kau balas balik pakai dalil Quran jugak,
"Wahai manusia yang menggunakan ayat Tuhan untuk justifikasi diri sendiri?"

Hahha!

Cinta itu praktikal, sayang.
Teori cinta? Awak boleh pergi kedai buku dan masuk ke lorong 'self help',
Haa, kat situ banyak buku untuk mengurangkan rasa pedih cinta teori awak.
Cinta teori.
Contoh cinta teori bermula dengan definisi cinta.
Cara-cara memaknawikan cinta.
Bagaimana untuk menghadapi risiko cinta yang tak disambut, 'unrequited love'.
Bercinta a la Islamik. *scoff* sebab tanpa nikah.
Ah, sekarang tengah perlekehkan teori cinta manusia dua jantina, ajnabi.
Jangan pandai cuba-cuba nak putar kait ke cinta sesama makhluk.
Kecil besar aku baling dengan sepatu 4 inci!
*garang dan serius*

Dua malam lepas, mungkin.
Member sibuk hantar imej-imej comel kartun tentang definisi cinta.
Dan dipulang sebaris dua ke dia,
"Love is I want you. I don't have to justify what love is if you are by my side."

'I want' dan 'I need' tu lain. Fikirlah bezanya apa.
Lepas tu seketul datang balas,
"Kau tak boleh LDR lah macam ni woi!"
Kurang asam betul, penat aku fikir ayat tu,
*tak penat pun sebab definisi cinta tak pernah ada*
"Hal dia kat mana, hidup mati kalau jauh serah ke Tuhan. Tuhan jaga. Bimbang apa."
Pehh, redho dan tawakal dah tahap dewa dewa tukang bertapa di gunung lagaknya.
Tapi sungguh,
hati manusia ni Tuhan pegang sebab alaminya berbolak baik.
"Ya muqollibal qulubbb..."
Tuhan pegang hati dia, setia, setialah, curang, curanglah.
Cuma berharap, jika dia berakal atas firman Tuhan supaya berfikir,
dia tidak curang,
binasanya manusia itu atas tangannya sendiri.
Jika mahu curang sekalipun,
tolong duakan dengan makhluk yang lebih bagus baik hebat.
Itu sahaja.
Supaya tak ralat bila aku pergi.
Ralat kot nak tinggalkan makhluk yang kita sayang di tangan-tangan bimbo.
Iya, bimbo. Gelarkan aku perempuan bertopeng misandris,
tapi berasbabkan manusia ada akal, perempuan tak sepatutnya jadi seketul bimbo.

Cinta praktikal tu bagaimana?
Bila tembok ilusi teori cinta kau tadi, runtuh dirempuh realiti dunia.
Waktu tu, rasakan aura cinta teori tadi.
Silap-silap ke mahkamah syariah dengan cermin mata hitam sepasang seorang.
Nauzubillah.

Iya, masih bujang.
Keji lah, berhujahkan,
"Eleh, tak pernah bercinta ada hati jantung hempedu nak buka kuliah pasal cinta."

Sebagai saksi hati-hati yang patah sejak 10 tahun lepas.
Terlebih pengalaman sampai jadi penakut.
Penakut sampai lari tiap kali ada orang cuba dekat.
Kena marah sebab kenapa lari.
Tak apa, kali ini salahkan diri untuk jadi penakut.
Sebab pegang janji Tuhan,
Jodoh memang dah tertulis.
Mana tahu jodoh dengan maut datang dulu.
*senyum*
Hampir lupa, kadang terfikir,
kalau aku tak wujud, ada impak kesan ke kepada dunia?
Mungkin tiada, wallhua'lam.
Kerja Tuhan. Ada tujuan kita wujud kat dunia fana ni.

Kesimpulannya,
pasangan awak tu manusia. Bukan dongeng rekaan watak romantis dalam novel cinta drama senja.
Terimalah dia seadanya, insan lemah, jahil banyak.
Cuma, jangan terima bulat-bulat sampai langgar habis hukum syarak atas nama cinta.
Yang salah di pandangan Tuhan, tetap kena betulkan.
Dan Tuhan,
mohon ampun atas dosa-dosaku jika pernah menyesat-lalai-kan hati manusia.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Cinta ke Tuhan

:: Salam Satu Aqidah! ::


p/s: lagu patah hati paling power, Warkah by Bau. Pehh!

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Sepatah

Assalamualaikum w.b.t.

Rasa, dah patut mulakan tabiat jawab soalan manusia sepatah-sepatah.
Kecuali soalan anak-anak saudara,
minda kanak-kanak sedang berkembang memang akan banyak bertanya.
Ibarat iklan susu formula di televisyen,
"Menggalakkan sambungan neuron-neuron otak."
Tapi adik-beradik dulu, membesar dengan susu cap gantung, wakaka.
Sebab anak Mama ni memilih tak nak minum susu lembu,
anak Mama ni anak manusia berlagaknya.
Allah!

Habis, engko ingat yang suap anak-anak kecil mereka dengan susu formula tu sengaja bagi minum susu lembu?
Susu kambing?
Ah, kalau susu kucing boleh dieksploitasi,
susu kucing pun orang niagakan, mungkin.
Sebab pernah jumpa manusia yang memandang sinis akan ibu muda yang memberi minum anak dalam botol.
Bodoh. Sepatah. Untuk prejudis.
Bebal. Sepatah. Untuk skeptik.
Cubalah berfikiran baik tentang manusia, (husnuzhon).
Mana tahu dalam botol tu susu perahan ke?
Mana tahu si ibu sudah kekeringan sampai tak boleh menyusu anak sendiri?
Tambah lagi ibu beranak sulung,
engko ingat boleh keluar terus macam coklat mencurah ke ladang gandum?
Nah, bodoh dan bebal sebab cepat menghukum.
*seronok berlagak jadi Tuhan, bukan*
Tapi, sebagai perempuan bujang yang mungkin dilabel bebal bodoh kemudian hari, 

"Sudahlah bujang, ada hati punya nafsu nak nasihatkan kami yang berkeluarga."
"Maaf, kakak, ibu sekalian. Saya minta bersangka baik sahaja."
Dah kalau si ibu sengaja bagi anak susu formula dari umur sehari lagi, nak cakap apa?
Engko istighfar, senyum dan mula perlahan-lahan buat suara hasutan,

"Eh, you tak tahu ker? Kalau anak menyusu badan, body you akan cepat lansing?! OMG, I love your body..."
Alar, biarlah bunyi bimbo ker gedik semacam,
tapi niat nak menghasut supaya si ibu tadi beri susu badan ke anak,
apa salahnya.
Mengeratkan hubungan antara anak-ibu, kot.
inshaAllah tak jadi kejadian kurang kasih sayang keluarga,
err,
tak tahu. Tapi doanya begitu.

Berbalik kepada persoalan asal.
Dulu, iya.
Memang jawab soalan manusia sepatah-sepatah.
Sehinggalah ter-berkenalan dengan seketul hamba Tuhan enam tahun lepas.
Ter?
Sebab tak jangka penghujung kami begini.
Dia sebuah sejarah dan pengajaran. 
Syukur juga,
Tuhan letak takdir di awal aku kenal dunia, aku kenal dia.
Dia yang pernah menjadi 'crush', kahkah.
Gelaklah.
Dia yang aku rasa bukan cinta, sejenis obsesi sahaja.
Dia yang di mata sekarang, seperti kembar Abah versi muda.
Dia yang hadir selepas Abah tiada.
Dia yang mengajar diri menaip ejaan penuh kurang etika rempit.
(Zaman SMS tengah rancak, semua vokal konsonan dicantas)
Jadi, berasbabkan dia kaki drama,
suka jelaskan apa-apa panjang lebar sampai habis aksara 1 muka surat SMS.
Belajar daripada dia.
Takkan orang taip mesej panjang-panjang kita nak balas sepatah, kan?
Dah lah dalam satu mesej, ada 3-4 soalan dia bedil.
Terdidik menjadi teliti dalam membalas, penuh penerangan dan kadang terjangkit perangai kaki drama dia.
Mr Pujangga. Kelewang.
Dia sejenis 'unrequited love' selama 5-6 tahun, 
sampai hampir semua manusia yang muncul depan mata cuba-cuba rasa,
aku akan bandingkan dengan dia.
Gila!
Gila, bukan?
Iya, dia bukan cinta.
Cuma sejenis obsesi diri yang buta tentang hidup dan rasa.
Dia ibarat malaikat pelindung yang mengelakkan diri daripada menjadi seekor 'playgirl' pemunah rasa lelaki yang berjaya.
Walau tak dinafikan, hampir suku abad hidup,
hampir 10 orang dah 'confess' dan ditolak bodoh-bodoh kerana dia.
Hahaha. 
Bodoh sungguh.
Tapi, itulah.
Kalau jodoh tak ke mana.

Dia di mana sekarang?
Dia masih ada, mengajar di hulu sana.
Sekarang berkeputusan untuk putuskan hubungan obsesi tak cerdik ini.
Makin waras,
Alhamdulillah.
Sudah tidak membanding semua lelaki kepadanya.
Putus kerana sudah tidak punya sebab untuk berhubungan lagi.
Hendak bertanya khabar, tidak tahu rasa.
Janggal. 
Ralat.
Dia sendiri sudah tidak menyebut nama.
Hanya seketul "Dia" jika dia tertanya khabarku kepada kawan kami.
Terima kasih, Tuhan.
Kerana menggerakkan hati hambaMu nan jahil ini untuk kenal dengannya.
Ramadhan 2008.

Sedang berlatih membalas persoalan manusia, sepatah-sepatah.
Sekarang aku rasa, 
bebelan panjang tiada makna.
Coretan panjang, terlalu kisah gayanya.
Sedang membancuh simen untuk konkritkan hati dengan pujuk rayu manusia.
Soft sides (sisi lembut) dah banyak kali terpijak, dipijakkan. 
Penat.
Penat memberi perhatian.
Bukan untuk dihargai,
cuma penat.
Diri ini manusia, bukan malaikat.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Tatasusila

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: moga Tuhan memberkati hidup matimu.

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.