The Other Side

Edisi Gua | Bicara Tentang Chenta Hey!

Assalamualaikum w.b.t...

*capai tisu*

Di saat gua melihat gambar junior,
tersenyum gembira menunggu detik graduasi 
di samping anak dalam kandungan.
Oh!
Tamparan hidup kejap.
Dan gambar bersama suaminya di setiap default picture yang beliau ada,
terpempan lagi.
Walau berapa ketika dulu,
gua ada rasa nak tenyeh- tenyeh suami beliau sebab 
sesedap ubi je 'go back and forth' masa ajak junior gua nikah.



Ceritanya,
semua nak simple dan mudah,
kita nikah pakai akad aje lah, tak payah sanding bagai,
hantaran tu awak nak ker?
Kalau kita akad nikah guna video chat aci tak?
Sebenarnya saya ada berkenan seorang kat sana, saya nikah dulu kat sana, balik sini saya nikah dengan awak pulak, takpe kan?
Sebab junior gua tu cucu sulung, anak sulung, mana boleh buat main weh.
Tapi,
tak apa lah, kesudahan mereka happpy ending inshaAllah.
Gua tengok dah takde tweet- tweet sedih beliau sejak dah nikah ni.
Alhamdulillah 
*happy for you dear*
=)

Hey!
Err, bicara lar sangat.
Gua rasa, sekarang kalau ada pakwe makwe tu dah jadi 'a norm' kat Malaysia,
kalau banding saat gadis Malaya berkain batik tutup kepala, jalan kepit- kepit , tunduk- tunduk, malu- malu.
Dan sampai ke tahap,
girls or boys boleh buat pertandingan siapa ada "ex" paling banyak..
Setakat ni gua pernah tahu, paling banyak gua dengar, 
member gua ada 5 "EXes".
Mula kumpul lepas sekolah, yakni,
selepas SPM,
sampai sekarang.

[If you'll carry bricks from your past relationship to your new one, 
you will build the same house]


Terlalu 'curious',
gua tanya dia, 
"Camne kau boleh ada banyak sampai 5 weh? Bila masa?"
*jeda*
"Entah lah, aku rasa takleh sendiri..."
Oh...
Gua terdiam,
"Tapi selama ni kau hidup sendiri 17 tahun tanpa makhluk XY okay jer? Nape weh?"
Dia sambung,
"Mula sebab nak try couple kot, lepas tu macam dah biasa. Makin besar kot, jauh dari rumah.."
Dia mengeluh.
"Sekarang kau ada siapa?"
*dia sengih sambil sedut air kelapa tepi pantai*
"Aku single, sebab frust sangat dulu, susah nak lupa. Aku ingat nak suruh mak ayah aku cari je lah.."

Untung lah member gua,
mak ayah boleh carikan jodoh.
Haha,
kalau mak gua dah surrender awal- awal bab cari jodoh untuk anak ni.
Campur dengan gua yang malas lagi,
maka terhasil la gadis bujang dengan jayanya lebih dua dekad.
Alhamdulillah.

Cuti midsem lepas jumpa dengan memember lama,
catch up few things for past few months.
Keluar la gosip dan cerita.
Antaranya part gaduh dengan pakwe atau "intermittent-boyfie".
Kagum jugak,
camne lar mereka boleh ada topik nak gaduh,
dari sekecik benda, sampai sebesar alam.
Gua tak faham.
*geleng- geleng*
Dilemma mak tak bagi nikah selagi tak habis master.
Dilemma si dia tak habis belajar lagi.
Serabai pulak gua nak fikir pasal tu...
Sebab tak boleh bayang nak gaduh dengan makhluk XY in term of lovey dovey relationship.
Yek yek.



Sat sebut pasal 'a norm'.
Orang jadi pelik kalau kita kata kita tak pernah bercinta au couple whatsoever it counts.
Lalu keluarlah statement,
"Kau jual mahal lar tu.""Memilih sangat..."

Isk,
bagi gua. 
Memang nak jaga gengsi, eheh!
Tapi gua tak minat sangat part hubungan yang mana,
kena labur masa, tenaga, uwang untuk makhluk XY yang belum tentu jadi laki gua.
Serabai nama nya.
Kena pujuk kalau merajuk,
gua tak reti mujuk weh, bagi pelepuk atas bahu reti la kalau degil.
Kena mesej selalu, kalau tak selalu pom, harus lah ada allocation untuk dia.
*jimat kredit untuk student macam gua neh*
Tiap hari lahir, wajib bagi hadiah, bersengkang mata ucap happy birthday tepat 12 malam.
Kalau ada anniversary, peh.
Kena jaga emosi lagi.
Tak larat seh.
Biar lah, 
gua malas... Malas nak fikir, tambah keserabutan.



Kata lah konversional sekali pun,
kuno tang berchenta neh.
Lagi senang berkawan.
Dan kalau berlainan jantina pom,
too clingy is not sweet though.
Tak payah lah couple,
masuk minang terus,
baru cool!
Kacak, Bergaya, Mutu, Keunggulan...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hubungan Hablunminannas...

:: Salam Satu Aqidah ! ::

p/s: ada masalah, masalah mudah suka kat orang atau nama scientific dia, "Temporary Feeling".
wahaha XD

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Gua | Dunia Semakin Canggih...

Assalamualaikum w.b.t.

Saat teknologi semakin maju,
tatkala peradaban makin runcing,
nilai akhlak pula runtuh.
Maka harus lah kita cari pihak untuk dipersalahkan.
Oh penat!

Generation gap.
Gua syak ramai yang rasa, 
dalam masa sepuluh tahun macam- macam boleh berubah.
Dari zaman perang dunia keDua, Cold War, lompat ke generasi X, ke generasi Y ke generasi yang gua rasa nak keluh banyak kali.
Ini bukan kelas sejarah nak belajar rentetan peristiwa.
Palitan cerita entahkan palsu atau tipu.
Hah.

Mengenang zaman budak- budak,
zaman tumbesaran kencang. 
Sangat berbeza dengan situasi sekarang.
Gua dulu- dulu ada lar kenangan berkejaran atas tanah dengan kawan, main hujan, main kekawen, stok hampir semua permainan tradisional pernah cuba.
*kekening*
Dah besar sikit baru kenal internet, 
tu pom zaman dial up jenuh tunggu...



Yang gua nak kisahkan.
Haih, nak salahkan internet lah macam ni.
Sebab nak salahkan media cetak ala surat khabar tu,
mana ada orang baca dah kan?
Buat bungkus nasi lemak sedap lah.

Antara internet dan kebebasan bersuara.
Sehingga tak tahu limit kepada sesuatu perkara itu.
Sort of, improperly behave or overly outspoken.

Improperly behave tu kalau depan mata lakunya memanglah nampak,
tapi kes overly outspoken ni masalah.
Masalah sebab sesedap ubi je nak pom pang komen itu ini membuta tuli.
Terlebih perasaan ingin tahu,
Curiosity overdose.

Sudah kurang istilah "sami' na wa ato'na"
Oh, kami dengar dan kami taat ni bukan dalam konteks agama.
*maaf*
Liberal tak kacak. Sebab Syumul itu indah.



Oh, kisah overly outspoken.
Di dunia maya,
sebab gua syak kalau jumpa kami kat depan- depan sah- sah depa tak terkeluar soalan atau statement macam tu.
"Keyboard warrior" lah sangat.
Buat pernyataan kat alam maya ni sulit banyak,
manusia yang membacanya boleh interpret ikut apa dia nak.
Perception.
Only perceive what he wants to perceive.
Tapi kalau ekau dah tulis guna "capslock" tu memang saja cari pasal.

Orang yang gembira mungkin ayat sedih jadi ceria,
orang yang tengah emo pulak semua benda dia nak condemn,
orang yang skeptik petala kelapan,
*hantuk kat dinding je lah!*

Overly outspoken.
Baca komen- komen budak tak cukup umur,
soalan- soalan yang luar alam,
jenaka tak berapa lawak tak kena tempat,
statement ajak gaduh.



Sure we are lacking of common sense,
loads of manner lost,
a lil of respect.
Sebab ekau rasa,
sekarang dunia canggih,
tanpa sempadan,
kebebasan bersuara.
Semua benda ada harga...
Kebebasan bersuara lah sangat.

Kalau cakap pakai otak tak apa,
ni kes tin kosong,
penuh angin,
berbunyi klentang klentung.
Provokasi saja lebih.
Hey!

Oh, 
gua nak cakap,
bawa- bawa lah belajar cara komunikasi berkesan.
Alam maya atau realiti.
Karang ayat seelok mungkin.
Jangan bagi orang salah faham, jangan bagi impresi yang kita ni "kurang ajar".



Andai apa yang kalian tengah rungutkan sekarang,
gua pernah rasa...
Gua okay je,
sebab gua tahu semua benda jadi ada sebab,
dan bukan kerja gua nak persoalkan tiap tindakan.
Tiap kerja buat wajib bermotif, 
kalau tak sia- sia.
Ekau nak detail semua benda?
Apa? Nak perinci peruntukan apa?
Gua harap,
nanti ekau au kalian bertemu buku dengan ruas.
Ruas yang mampu membuat kalian mengimbau perangai kalian sekarang.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai Tolong?

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: dilemma antara hormat dan rapat. Antara pandai dan bijak. 



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Word to Ponder After Teen World

Assalamualaikum wb.t...

Hoyeah, 
a word to ponder.
Semalam dah sebut kat BloggerChatRoom tapi takde orang layan.
wahaha,
buat- buat sedih la gini.


ANUPTAPHOBIA


Mengikut Webdefinition:
Web definitions
The fear of remaining unmarried or being married to the wrong person.



Simptom- simptom orang yang mengalami Anuptaphobia:

  • feeling of uncontrollable anxiety when you think about or are exposed to staying single
  • The feeling that you must do everything possible to avoid staying single
  • The inability to function normally because of your anxiety
  • Often, the knowledge that your fears are unreasonable or exaggerated but feeling powerless to control them
Lepas Teen World, 
dah jadi puluhan.. tak kira lar in twenties ker,
thirties ker... asal puluhan punya umur,
mesti wajib keluar topik bab nikah kahwin nih.

Isu berbangkit tiap kali jumpa saudara mara,
atau antara member- member seangkatan umur.
Hiks, 
tak terasa lansung pasal anuptaphobia ni.
kalau ke arah Philophobia sungguh,
macam kena panic attack!
T__T

Yang nak digebangkan adalah,
setakat ni coursemate dah 3 orang nikah,
2 orang dah tunang,
seorang bakal tunang masa study week hujung bulan nanti.
Yang bakal menyusul jejak langkah enam orang kat atas tu,
berkoyan-koyan rasanya.
Tunggu masa je nak umum.
Tadaa!



Maka,
yang lucu.
Member terkeluarkan satu ayat penyata,

"Setakat ni, suami si M yang paling handsome! Yang lain okay jer..."


Nampak tak permainan dia di situ..

Siapa yang dah nikah tunang dulu,
geng- geng bujang boleh buat comparative study siapa kacak, 
siapa sedap dipandang.
Tapi takdak lar pulak kutuk orang buruk ker apa.
Semua ciptaan Tuhan ada baik indah cela kat mana- mana.
Yang nak men"top-up" kekurangan itu,
the other half lah kan.
Harus campur wajib.

Maka keluar lagi ayat penyata lain,

"Budak- budak ni nampak senyap tup- tup nak tunang... Kita yang happy go lucky bising- bising takde lagi yang sangkut."



Ahah!
Terkejut bila dengar.
Tapi duk perhati, betul jugak.
Diam- diam ubi berisi
tetiba kena pergi walimah lagi.

Oh, 
duk syak syak orang lelaki ni,
suka perempuan yang stok ayu- ayu,
tak banyak cakap eh?
Yang ting tong kepoh kepochi kena black list ker?
*musykil*

Err,
kesimpulannya.
Malas nak fikir pasal benda cenggitu.

Member cakap,
senang settle masa belajar,
dah grad kira tak susah nak cari.

Akak kata,
kerja dulu, kewangan kukuh, 
akak cakap jugak,
"When the time is right, they will come."
Oh, 'They' tu in term of family the other half lah kan.
Marriage kan datang berpakej.

Member yang lain jugak cakap,
kadang, walau kita nak nikah sekalipom,
tapi banyak sangat halangan,
percayalah, ada hikmah...
Maybe the later the better?
inshaAllah.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai dan Mulut

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: Trust me, Philophobia is way more terrifying. =)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.