The Other Side

Cot Cet Cot Cet | Random

Assalamualaikum w.b.t.

Dah berkoyan lamanya tak update blog,
sebab tak berapa nak rajin,
semester lepas duk menggila buat manuskrip tesis dan taip balik literature review.

Semua gara- gara laptop hancur.
Takde yang selamat nak back up.

T__T
So far so good,
VIVA alhamdulillah. Keputusan pom OK.
Tak menjerut jiwa sangat.

Not so best thing happened on the first day home,
cik kereta dah pergi cium bumper orang.
Adess, dah lar masa tu tengah nervous nak interview.
Terketar- ketar tangan taip nombor pakcik yang dilanggar.
Rezki pakcik Din tu tak bengis au garang.
Tidak lar putus nyawa terus kat tepi jalan...
Tak baiki lagi, 
*takde orang nak taja baiki cik kereta ker?*
Tapi lepas lar interview tu,
2 people got in out of six.
Luck ker my mom's prayers for passing the interview.

Pasal cik kereta buat aksi cium- cium ni,
tetiba tak jumpa brek.
Apa ker logik?
Entah sebab apa nak kata seat jauh dari stereng sampai tak jejak kaki nampak benor nipunya.
Dah nasib dah kumpul mata kemalangan kali ke-3?
Ngee...
Bak kata Ma,
"Abah takde, ***** pulak yang accident."

Err.
Cot cet cot cet ni.
Minggu pertama balik rumah,
pergi makan gulai member nikah.
Jumpa hubby dia,
"Eh, macam pernah nampak, pernah jumpa ker?"
Ayoyoyo...
Kalau nak kira banyak kali jugak orang duk cakap macam kenal, pernah nampak...
yada- yada.
Apa muka ni 'common' sangat ker?
*buat sedih boleh?*
=P



Azam semester ni kot,
selagi cik pipi bam bam tak susut,
tak leh buat kad pengenalan baru.
Wahahaha...
Semangat nak mengundi jugak ni,
tapi tak tahu ada tiket bas ker tak.
Ceh,
tarikh mengundi pom tak tahu.
Parlimen pom tak bubar.
Dah bajet nak balik mengundi.

Apa- apa.
Semakin hari semakin selekeh.
Cuma berhajat nak pakai contact lense masa praktikal nanti.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal.

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: try harder this semester. Stop bantering things. =)
Wish all of you the best in life and hereafter.

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Edisi Gua | Tentang Dia, Kisah Lalu.

Assalamualaikum w.b.t...

Dia kata,
"Big Girls Don't Cry."

Gua,
tetap nangis jugak,
lepas tu mengadu.
Ada ker pergi ulang tajuk lagu Fergie kat gua.
Siap gelak lagi.
Tahulah gua pernah cakap dulu,
"Big Boys Don't Cry."
Iyer, gua sakit tekak,
tapi suara seksi.
*muntah air karot susu*

Dia kata,
"Gua Rindu Bayangan."

Gua,
sekali dengar macam sedap je,
sekali gua bukak lagu tu, sedih,
Jay Jay,
awat sedih lagu tu.
*tahan sebak*
Iyer, 
gua sorang aje lah yang teringat.
Kan?

"Selamat Ulang Tahun Sayang by Imran Ajmain"

Gua harap,
tu yang terakhir.
Terbang tinggi- tinggi.
Pergi jauh- jauh.
InshaAllah gua takkan terkilan.



Takpe,
gua masih ingat janji gua kat dia.
Walimah dia nanti gua akan bagi,

  • Sedozen sikat dari Mydin
  • 3 Kampit baja kompos dari Tesco
  • Tart telur *kalau gua rajin nak lunas janji*


Tengah gagahkan diri ni.
Mohon tabah.



Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: wahaha, apa ekau percaya 'Dia' tu wujud ker? *flip tudung*



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Alahai Omak Nikahkan...

Assalamualaikum w.b.t...

Err.

Nak buat- buat sasau boleh?
haha.
Tak ada nya.

Err lagi.

Rasa dah lebih sepuluh jari tangan duk hitung member yang bertukar status dari cik kepada puan.
Yang dari puan kepada Mama au Ibu au Umi pom lebih lima dari kalau kira.

Tak sasau mana.
Buat member, 
yang bakal nikah 24 Disember ni.
ehem, 
Tahniah, Barakallah in advance.
Jangan ketuk sangat nanti masa demand hadiah nikah.
Tak kerja lagi.
T_T

Err.

Buat aku fikir,
yang depa duk tup- tup invite cakap nak nikah ni.
Depa cintan cintun ker sebelum tu?

Haa.
Tetiba ajak datang majlis.



Yang paling teruk,
orang siap ingat dah nikah gara status facebook "Married"
dan tiap kali post gambar anak saudara, ekau tag nama si dia..
Ahah!
Serius. Eh.

Apa- apa...
Sudah lah tanya bila Ai nak nikah.
Tak larat nak jawab.
Dan sudah lah cakap Ai jual mahal.
Scandal free okeh.
Telefon pom senyap je.
*padahal contact hilang masa phone hilang dulu*

Alahai omak nikahkan depa,
sebab depa lebih layak.
*buat- buat capai tisu imaginari tepi meja*
Sobs Sobs..

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Niat

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: untuk awak, maaf saya indecisive. :(

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.