The Other Side

Risiko Buah Hati Cemburu.

Assalamualaikum w.b.t...

Ermm..
Camno nak cakap.
Ni member yang kongsi cerita.

Al-kisah ada seorang laki telah ter'angkat' seorang perempuan untuk dijadikan buah hati.
Selama ni mereka duk senyap-senyap je,
aman damai.
Sekali baru 'declare',
macam masalah timbul.
Nak guna istilah darah manis,
heh,
bukannya tunang ker apa...

Nak senang,
kisah kelakar lelaki lalang dan perempuan psaiko...

Dari jauh kalau tak kenal,
kita akan expect laki tu macam 'baik',
*definisi baik kat sini tipikal*
macam jaga pergaulan, jaga mata,
tak cakap sangat dengan perempuan,
tup-tup ada buah hati.



Perempuan itu,
sangat 'insecure',
sampai main stalk-stalk laki itu.
takde social account pom, guna account member untuk stalk,
lepas tu prejudis dengan mana-mana perempuan yang berpotensi untuk jadi rival.
Sampai satu tahap,
she kept giving indirect hint for not to disturb 'her guy',
style #unmention warning kat twitter.

Yang lawak,
Mereka satu tempat belajar...
kehkehkeh.
Kira adegan renung bagi amaran sampai laki tu rimas nak lari senang.
Tambah bila kantoi laki tu ter'tweet',
rasa berubah hati.
Oh!
Dan perempuan itu ada geng untuk tolong buat kerja-kerja warning.
Seperti acara tenung musuh secara berjemaah.
Sangat berisiko dapat buah hati macam tu.

Oh! 
Member doa, harap nikah lar dua orang tu,
baru aman dunia.

Tapi kalau aku,
tak nak lar nikah dengan orang macam tu,
insecure tak tentu pasal.
So-called couple je pom.
Bukan laki bini nak rebut bagai.
Dan lelaki lalang?
Istilah paling tepat untuk orang macam tu.
yada-yada...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Perangai

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: Oh, member aku tu mangsa yang dicop rival. Kesian..
Aku gelak sahaja bila dengar.

Teringat azam ker angan-angan masa Sem 1. Oh!


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Kenapa Perempuan Pakai Cincin?

Assalamualaikum w.b.t.

Sebetulnya,
kenapa perempuan bujang pakai cincin.
Tolak lar golongan yang dah nikah atau tunang.

Selepas di'survey' member-member.

1. Nampak cantik.

Yang ni cincin plastik, yang bentuk rama-rama pom ada... Ada yang pakai cincin perak siap ukir nama. *jeles*

2. Mak yang bagi.

Atas dasar menurut perintah, mereka pom pakai lar cincin itu. Biasanya cincin emas lar, sekali pandang macam cincin belah rotan. Silap haribulan orang ingat berpunya.

3. Suka-suka pakai cincin.

Ni kes tengok orang pakai, nak pakai jugak. Jadi on/off waktu pakai. Katanya nak biasakan bila kena pakai cincin 'real' nanti. Heh. Ada jugak... *tepuk-tepuk dahi*

4. Ujian.

Ermm....Ada tanya seorang member, sebab dia pakai cincin emas  kat jari manis macam 'taken' tak lama lagi nak nikah. 

Aku: Kenapa pakai cincin?  
Dia: Oh, ni kakak punya, dia mengandung, sekarang tak muat. 
Aku: Oo.. Tak takut orang salah faham ker? Macam orang ingat dah tunang ker? Nanti takde yang nak 'approach'. 
Dia: Haa... Tak lah. Kalau setakat tengok cincin dah takut, tu tak berani namanya. Buat kesimpulan macam tu. 
Aku: Ek? 
Dia: Ye lah, macam nak tak nak je. Kalau bersungguh-sungguh, dia akan tanya, kita dah berpunya ker tak. Tu baru betul. Mana boleh ingat semua yang pakai cincin ni taken... 
Aku: Betul jugak...

Kesimpulannya.
Buat siapa-siapa yang tengah mencari calon,
jangan membuta tuli anggap yang pakai cincin ni 'taken'. Mungkin sebagai 'Ujian'. Heh.



Cuba pakai cincin,
Allah, susahnya nak istiqamah...
sekali tinggal kat rumah.
Kat mana entah tak pasti, dalam bilik adik kot...

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Niat

:: Salam Satu Aqidah! ::




Heh, siapa nak Ayat balik ???

Flirt Untuk Si Gagah

Assalamualaikum w.b.t.

Flirt.

Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu,
kat bawah ni maksudnya:

vi 1. behave amorously, dally, main cinta: he ~s with all the girls in the office, dia main cinta dgn semua gadis di pejabat; when she goes to parties she simply wont stop ~ing, setiap kali dia ke majlis, tdk dapat tdk, dia mesti main cinta; 2. toy, bermain-main, berfikir-fikir, bertimbang-timbang: in his youth he ~ed with communism, semasa mudanya dia bermain-main dgn faham komunis; she ~ed with the idea of living abroad, dia berfikir-fikir ttg gagasan hendak tinggal di luar negeri;

Maka,
Andai tak berapa nak gagah,
jangan nak "so-called flirt".

Heh,
bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi,
kecuali main kompang. 

Flirt tu asalnya nak main-mainkan perasaan orang?
Jangan lar,
bukan orang yang kena main,
awak yang sakit sebab jatuh suka tiba-tiba.

Nak flirt jugak,
pick a random people, the one you've never met,
so the chances to meet them again would be nil.
Kemungkinan untuk tersuka jadi payah.

Nak buat kerja gila pandang-pandang anak orang pom boleh,
asalkan mata tu rabun,
tak pakai spek atau lense.
Jadi imej pom kabur, ingatan pom tak kuat.



Allah.
Haih, kalau hati tu rapuh macam biskut kena celup kopi panas,
mata terang kuasa 6/6.
Jaga lar mata, jaga hati, tundukkan pandangan.

Setakat nak test market, 
ini bukan pasar jual ikan.
=)

Jodoh itu pasti,
andai bukan di sini,
pasti di sana.
Nyata, mati kita di sini,
dunia yang fana.
Awla yang awla... 

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Akhlak

:: Salam Satu Aqidah ::



Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.