The Other Side

Kembara Mengenal Saudara.

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam walimah sepupu, yang sangat jarang boleh jumpa.
Yakni kalau tiga hari lepas ada selisih tepi jalan memang tak kenal.

Hendak ke Kajang naik KTM,
berlagak tak rabun,
sekali salah naik tren sampai ke Shah Alam seksyen 19.

Tengah kalut telefon sepupu mintak tolong ambik,
datang sorang peminat the red warrior (TRW) tanya ni ker Shah Alam?
Nak pergi stadium dari sini ker?
Hanya mampu iyakan stesen Shah Alam sahaja.

Mesej Abang Aid,
nak cakap yang kita pakai baju warna apa kalau tak nampak,
"Pakai baju koko."

Sampai kat rumah Abang Aid,
Mak saudara, sepupu semua duk kecoh,
"Wah, dapat mesej dari mana ni pakai baju ikut tema koko...?"

Aku,
"Eh? Ada tema ker? Tak tahu pom, ni pom member yang tolong pilih."

Akhir cerita,
Abang Aid tunjuk mesej yang dia dapat pasal tema walimah warna koko,
cett..
Tu mesej yang aku hantar tadi.
Semua salah faham pasal tema koko.
Yang matching tema walimah, nenek sahaja...
Bertudung Ungu.

Balik malam dengan KTM pom hampir terlepas turun,
dah lar tersilap masuk koc biasa, tak duduk kat koc wanita,
lelaki dalam tu tengok macam kita ni monyet naik tren agaknya.
Sobs.
T__T

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Aurat

:: Salam Satu Aqidah ::

p/s: layan budak-budak kecik main pom OK, walau mereka tu suka sangat jerit-jerit.

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Tanah Adriyana | Noor Suraya

Tulisan Kak Su,
lepas baca rasa nak bermadah.
Walau kosa kata tak berapa nak indah.
Taip mesej siap guna 'termanggu'.
Si penerima sampai ketawa.
Bebel dekat adik,
karang ayat berpatah arang berkerat rotan.

Dari Tanah Adriyana | Noor Suraya
Cetakan pertama 2002.

Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup.

Yana.

Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.

Ku Fitri.

Coretan blob yang buat tangan sambar tak sempat fikir empat belas kali.
Tak rugi.

Muka 246 | Tanah Adriyana | Noor Suraya

Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu,
Niat di hati tak mahu bercerai,
Kuasa Allah siapalah tahu.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walaupun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Balik rumah nak sambung tulis,
kerat pantun dari
Langsir Biji Remia | Noor Suraya
Baca pantun bunga-bunga Kak Su...
Boleh senyum sampai telinga.
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Hantu Buku...

Assalamualaikum w.b.t.

Merajuk dengan cik laptop sampai buat kerja suam-suam kuku.
Godek blog rajin pula.

Susah kalau ada penulis kegemaran.
Semua buku yang mereka tulis kita nak borong.
Dahtu tak menyempat pulak nak baca.

Andai "buku-wajib-baca-dalam-silibus" tu macam ni,
agaknya tiap sem skor dekan.
Dah nama andai, nyatanya tidak lah.

Dulu,
ada tersadai sebiji bertajuk,
"Jula-juli Bintang Tujuh".

Ma sengih,
"Ai, buku macam tu pom baca juga?

Mungkin sebab tajuknya bunyi lama...
Ma sambung,
"Dulu rajin juga nak baca buku macam tu, sekarang buat ulit tidur boleh lah.."

Sempat bagi sedas tembak tepat,
"Study tak apa jugak."

Hai Ma,
orang bertapa depan tibi,
baca buku cerita,
waktu sawan memasak menggila,
saat rajin nak kayuh basikal 'buduh' bawah tangga.

Anak mama ni hantu buku.
Nanti cikya dah kerja ada duit,
tak buat rak 2-3 biji kat atas tu..
Tayang sekali buku-buku Abah.
Rindu boleh lar nak belek baca tulisan tangan Abah,
yang lawa...
Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.