The Other Side

Zaman Kegelapan.

Assalamualaikum w.b.t.

*borak sambil makan cucur bilis bersama housemate kesayangan.*

Semester depan kena bawa bekal.
Bawa beras.
Ikan kering.
Rempah ratus.

Lauk apa je yang kita boleh masak nak jimat?
Takkan nak menghadap ikan kering ikan masin tiap hari.
Telur!

Telur masak tumis.

Tapi nak pakai lada kering kita mana ada blender(pengisar),
"Tumbuk dengan lesung je lah."
"Beli yang kat kedai? Cap Adabi tu okay apa."
"Senang mesin siap-siap kat rumah bawak sini."
"Oh, okay."

Sup telur.

Nak mudah pakai sup bunjut,
tapi lagi sedap guna rempah kasar,

Telur masak kicap.

Ni pom pakai lada kering jugak,
kayu manis, halia...
"Halia tu yang payah, simpan lama cepat kering."
"Kalau tak letak okay je."
"Entahlah, nanti rasa lain."
"Tengoklah nanti."

Telur goreng.

Ni paling mudah,
nasi panas letak kicap manis makan sampai kenyang.

Erm, singgang?

Mana ada singgang telur.
Adeh.

Nak pakai bahan basah lain macam ayam, ikan, udang, daging, sotong?
Haha, kau tahu harga berapa?
Alhamdulillah syukur punya peti ais,
tapi biasa freezer penuh dengan frozen food.
Mana nak sumbat ikan ayam bagai.
Lagi,
nak menapak ke Pasar Chowkit untuk kemaskini bahan basah?
Nak siang dua.
Kemungkinan tak sempat masak juga tiga.

Telur. Telur. Bermenu telur semata.


Dan zaman kegelapan bakal bermula sempena 2014 menjelma.
Keluhan pelajar yang tak punya gaji empat-lima angka.

p/s: taip entry dengan pemikiran yang mendalam. Dan menu sayur tiada dalam perbincangan...

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.