The Other Side

Hambar Ramadhan | Edisi Gua

Assalamualaikum w.b.t.

Awal-awal puasa dulu boleh lagi nak kilik telefon kat meja sambil tunggu waktu berbuka,
nak tengok TV?
Tak kuasa gua.
Ni dah dua tiga hari (padahal baru ramadhan keempat),
keliling meja tenung makanan, sambil borak-borak.
Omputeh kabo bonding gitu.
hahah!

Gua: Barang pos pakai kereta api (KTMB) ni bila nak sampai? Tunggu baju-baju tu beranak ker apa?
Adik: Eh, baguslah beranak! Jimat duit tak payah beli dah.
Ma: Ha ah, baguslah.
Gua: Mana muat, sangkut kat betis nanti.
Ma: Kenapa pulak?
Gua: Dah baju baru beranak, kecik lagi mana muat nak sauk. Tak sempat membesar.
Ma dengan adik gelak.
Guwa: Ah! Takde hashtag hambar kan kali ni? *gelak was-was*



Susah betul buat kelakar, tak lucu nanti dapat #hambar
Err, 
Tak pun gua ni memang penuh ilmu di dada dengan koleksi lawak hambar. 
Peh, menikam jantung masa taip ni.
Dah la ayat mengayat perempuan je reti, malangnya.

Err, motif?
Motif buat syarat taip entry bulan Julai.
Natijahnya apa?
Rasa nak mohon research assistant kat HUSM tu kalau kosong.
Berangan betul, tapi.
Cuti lama-lama kat rumah ni tak buat apa-apa rasa kurang berguna betul,
tolak tepi gua jadi driver tetap Ma.
Nak jahit langsir Ma cakap, tak payahlah,
kita beli tempah siap je.
Eh! Eh!
Dah tu bila gua nak mengasah bakat menjahit ala-ala surirumah sejati ni?
Berangan surirumah, 
nanti sijil degree kita gantung kat dinding je.
hahah! Macam lah boleh,
Bond dengan JPA gua nak campak mana nanti.

Kesimpulannya,
guna-gunakanlah tenaga kudrat di jalan yang benar.

=)

Happy Ramadhan Kareem (Benzema)
Kih! Hambar lagi hendaknya.
Oh, World Cup gua suka kalau Germany menang.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Amal

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: lawak hambar ni macam kau joke using lame pun. And not everyone understood what a pun is, to even laugh at it.

Heh, siapa nak Ayat balik ???

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.