The Other Side

Ilusi Nikah Awal | Random

Assalamualaikum w.b.t.

Hey Hey!
Bermodalkan konsep tulis apa yang kita tahu.
Yang mana apa yang diketahui itu bukan ilmu sesat hendaknya.
Atau fikiran skeptik dan prejudis kemudiannya bertukar menjadi prinsip hidup.
*geleng- geleng*



Aku bukan the living proof nak komen pasal nikah awal ni bagus ker tak.
Maka jangan ada yang mengkondem cakap,
aku kritik sirah,
Nabi Muhammad s.a.w. nikah masa umur 25 tahun.
Dan umur 25 tak ada lah awal sangat kot? Kot?
Dah suku abad.
Tapi kalau dah tak matang,
umur 40 pom belum tentu 'masak'.

Semalam terbuka cerita pasal nikah- nikah dengan mak mertua akak dan akak di meja makan.
Aku bukak cerita junior dah nikah, siap mengandung gitu.
Komen akak,

"Bukannya best sangat nikah awal..."

Aku tengok anak saudara 3 orang duk golek- golek depan tibi.
"Oh... Okey!"
Eleh, dia bukannya nikah awal sangat pom,
umur 25 baru nikah, fair and square.

Pasal ilusi nikah awal kan,
ada yang pernah tanya Ustaz Azhar Idrus pasal nikah khitbah?
Yang jelas dari klip video kat Utube tu,
suami wajib tanggung nafkah isteri,
kalau ayah mertua hantar isteri itu ke rumah suami.
Bukan di tangga rumah sahaja.
Jatuhlah istilah segala sudut suami tanggung isteri.
Tanggung makan pakai isteri.
Tanggung dosa isteri.
Tanggung anak- anak andai ada rezki...



Hey!
Umur awal dua puluhan kalau dah mampu nak sara anak orang takpe,
aku tak kesah.
Dipersilakan.

Umur awal dua puluhan dah cukup ilmu di dada untuk didik anak orang.
Juga aku sarankan nikah awal,
lagi cepat buat pahala secara double kan?

Masalah datang kalau kau nikah semata nak elakkan zina?
Ewah!
Sesedap ubi je beralasankan nafsu.
Apa dengan nafsu tu kau nak beli lampin susu kalau dah beranak pinak nanti?
Tapi kalau lepas kau dah nikah mak ayah mertua nak tanggung lagi anak mereka lain cerita.
Puasa dulu, cucuk biji mata dengan garfu kalau dah kronik sangat.
*harap takde yang bendul bebetul cucuk mata*



Umur umur begini,
saat cuti sekolah dan wall facebook penuh dengan gambar nikah memember.
Rasa cemburu ada jugak.
Fikir masak- masak.
Apa aku nak makan pasir?
Usahkan pasir, mana nak cekau calon?
Kihkih.
Biarkan je lah.
Jiwa kacau kejak.
Dan demi menurut komen akak yang nikah awal bukannya best sangat.
Makanya,
"Ada jodoh, sampai seru, ada lah nanti."
*ayat tipikal*

Ilusi nikah awal paparan "share- share" di facebook?
Aku cuba berhusnuzhon..
Apakah artikel itu benar,
atau khayalan penulis.
Yang mengimpikan perkahwinan sebegitu.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Niat

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: maaf tak fikir pasal nikah ni, sebab tujuan nak habis belajar & kerja dahulu inshaAllah. 
Allah Know better. XD

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.