The Other Side

Be Charm!

Assalamualaikum w.b.t...

Dah 25 November baru nak update entry,
maaf, alasan sibuk itu klise sangat.
Nak acah- acah hipster enggan "mainstream".
Jujurnya malas nak online kat laptop.
Maaf.

Hurm, Be Charm.



Sebenarnya nak cerita,
kalau orang tanya soalan ker,
orang hantar inkuiri,
kalau tak tahu jawapan,
kau dah bersedia siap siaga untuk
terus putus asa dengan skema jawapan,
"Tuhan Maha Mengetahui"
boleh?
Nak dramatik lagi,

"Sesungguhnya saya ini hamba yang dhaif pengetahuannya, maka wa'llahua'lam"
Aci je kau nak jawab camtu,
tapi kalau aku yang tukang tanya soalan,
soalan yang memang serius,
dapat solusi begitu,
rasa nak lempang- lempang.
Rasa je mampu,
tapi lain kali memang takkan tanya dah kau soalan apa- apa.
Tak ada usaha lansung nak berfikir secara kritikal ker,
nak usaha cari untuk bahas soalan,
kalau dipertikaikan jawapan.
Sumpah menyampah.



Iye,
mengaku la juga,
zaman dahulu masa bergiat aktif dalam organisasi,
aku ni spesis orang yang suka tanya soalan,
kau tak nak aku tanya,
sediakanlah mental dan fizikal untuk jawab,
soalan aku 'critical thinking',
tak perlu nak skema buka buku cari fakta.
Dan kalau tak mampu jawab, 
tanya la pandangan orang lain ker,
usaha google internet ker,
tanya apa yang aku fikir ker.
Ini tidak,

"Sahaja aku berserah kepada Yang Maha Esa"

Takkan lar sebab dah fobia dedulu,
sebab aku selalu pertikai apa- apa ayat penyata yang kau keluarkan,
terus lari.
Ceh!
Tak gentleman lansung.

Dan saudara/i,
buat lah kenyataan apa-apa sekalipun,
'You must keep the fact straight, exaggeration/ hyperbola can be used if it won't mislead the core of information'
Pegang betul- betul.
Ini tidak,
ayat kemain bombastik, isi ke laut, orang yang baca tak faham
atau
lebih teruk salah faham!

Apa- apa,
masih tidak berpuas hati dengan orang yang tak ada usaha nak cari jawapan sendiri.
Hey,
kadang tak semua orang tahu,
sebab tu dia tanya,
kadang lagi dia tanya sebab nak sahkan kefahaman dia.
Kau?
"Sahaja aku berserah."

No Charm at all.
Titik bertuntas totok tak menarik.



Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Serah Harap

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: yang pernah ditanya, aku tak suka tertanya-tanya. 
Terima kasih sudi jawab.

Heh, siapa nak Ayat balik ???

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.