The Other Side

Turunkan Berat Badan dengan Kafein?



Assalamualaikum w.b.t...

Pertama kali dengar pasal ambil kafein atau caffeine boleh turunkan berat badan.
Itu pom sebab ada seorang pengunjung kat Booth Program Kesedaran Farmasi (Pharmacy Awareness Program) anjuran Fakulti Farmasi dua hari lepas.
Soalan cepu mas keluar masa kami duk terangkan kat dia
cara nak mengenal ubat tiruan dan palsu atau original.
Dia ada sebut nama produk apa entah,
tapi lupa..

Sumber kafein ada dalam macam- macam jenis makanan dan minuman.
Biasanya kopi lah.
Bak kata pensyarah Toxicology dulu,
kalau kat Starbucks, Frappucino paling banyak kafein dan boleh buat energy drink kalau nak memandu jauh.
Ada yang ambil RedBull,
diri sendiri pula setin Nescafe Mocha dah cukup untuk drive 6-10 jam.
Alhamdulillah.



Berbalik kepada topik,
turunkan berat badan?
Err, kalau ikut fungsi fisiologi badan agak logik,
kafein boleh meningkatkan kadar motiliti kolon,
maksudnya, mempercepatkan proses penghadaman dalam perut ke proses seterusnya.
Maka pernah juga mendengar orang alik Barat menyatakan bahawa,
"They can't do defecation without taking morning coffee?"
Kalau dah sampai tahap tu gaya dependent kat coffee semata nak berkumbah.
Eh!
Lalu, boleh kata ambil kafein ni seperti laxative cuma tak sedasyat laxative?
*ayat berbelit tak ingat*

Untuk meng 'synchronize' kan kenyataan kafein macam laxative,
sebab ada orang abuse (menyalahgunakan) laxative untuk kurus.
Makan banyak atau sikit,
tapi sebab ambil laxative,
terus buang.
Zat tak sempat serap, malnutrition pom boleh jadi.
Lagi defecation juga salah satu cara penyingkiran lemak.
Tak bagus lah abuse gini.
Cepat buang cepat lapar apa...!

Lagi,
kalau ada orang yang perasan.
Lepas minum minuman yang berkafein,
mesti rasa nak buang air kecil,
dengan kerap.
Yes, caffeine is a mild diuretic.
Sebab tu kalau ada bencala alam yang menjejaskan sumber air,
elakkan minuman berkafein sebab boleh menyebabkan kehausan lalu meningkatkan penggunaan air.
Tapi, kalau buang air kecil tu banyak- banyak takdelah boleh kurus,
menyusahkan adalah.



Lagi lagi,
disebabkan half life kafein selama 6 jam.
Yakni, 
kalau pukul 10 pagi kita ambil 200 mg kafein,
pukul 12 tengahari,
baru 100 mg kafein hilang dari badan.
Bayangkan coffee addict yang telan 4-5 cawan kopi tiap hari.
Seperti 'endless caffeine accumulation' dalam badan.
Tak elok.

"All substances are poisons: there is none which is not a poison. The right dose differentiates a poison and a remedy." Paracelsus (1493-1541)


Di sini hendaklah kita tekankan konsep,
zuhud,
atau besederhana dalam mengambil kafein.
Pengalaman sendiri,
sebab dulu memang tahap coffee addict tak ingat,
Kopi O, Kopi susu, cappuccino, white coffee, mocha macam air masak.
Sekali buat pemeriksaan kesihatan,
Erm, ada sedikit bone defisit.
Walaupom susu pom minum jugak.
Lepas dah kurangkan minuman yang berkafein,
periksa balik,
alhamdulillah, okay sikit berbanding telan kopi macam nasi.

Hiks,
macam banyak melencong jer cerita kali ni.
Al kisahnya,
nak turunkan berat,
bukan sekadar nak ambik slimming pill semata,
tak nak exercise.
Haa, lupa, nak turunkan berat boleh cuba dengan kira nilai kalori setiap makanan yang kita ambik.
Pernah try dulu,
turun la jugak, tapi tak istiqamah sangat bila dah balik rumah lalu membaham macam- macam.
Pasal Atkins Diets pom tak elok sangat,
Diet tinggi Protein,
mungkin cepat turun berat,
namum cepat  rebound untuk naik berat balik.
Atkins Diet tak elok sangat sebab extra Protein ni macam memberi Extra kerja untuk buah pinggang nak proses.
Silap haribulan dapat masalah buah pinggang sebab Creatinine Clearance tinggi.
*medical jargon gitu*
Senang cerita,
amalkan pemakanan sihat,
too thin, too thick?
Asalkan boleh beribadah kat DIA,
patut syukur tahu.
=)

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Nutrisi Jangan Overdose

:: Salam Satu Aqidah! ::



p/s: orang yang ada gastritis, tolong lah jangan ambik minumam berkafein masa perut kosong kalau tak nak rasa loya muntah- muntah lepas tu.

p/s p/s: Oh, minumam berkarbonat macam Coke, Pepsi, dan lain- lain pom ada kafein tahu? Beza banyak ker sikit aje.
Hurm...


Heh, siapa nak Ayat balik ???

4 comments:

kay_are said...
May 5, 2013 at 1:27 PM

aku yang blaja mekanikal dengan ini nak cakap aku tak faham mende pun term2 yang ko gune dalam ni accept keffeine tu sendiri.. @.@

[Reply to comment]
Cikya said...
May 14, 2013 at 1:11 AM

Haha. Berilmiah sangat ker entry ni sampai kR pom tak faham.

*insaf* Err. Kena prektis lagi cara penyampaian berkesan guna layman erm.. ;D

[Reply to comment]
Shila said...
May 14, 2013 at 8:29 AM

kite dgn kaffein mmber kamcing..

tak pernah kaffein ni buat kite boleh berjaga..

makin lena tido ade la...

[Reply to comment]
Eddie said...
May 21, 2013 at 3:13 AM

Aku tak tahu sejauh mana kebenaran sains dalam bab kesihatan. Kalau dalam bab nautika, mungkin aku boleh kata 90% benar.

Nabi minum kopi, yang mana dah tentu ada bahan tersebut dalam kopi. Cuma, ada satu masalah. Kita tak reti bahasa untuk bersederhana. Contoh, antara makanan kegemaran nabi ialah kambing. Kita kata kambing boleh buat darah tinggi, sebab kita makan melampau-lampau. Itu puncanya.

Satu lagi sebab mengapa aku payah nak terima sains punya cakap dalam bab kesihatan dan pemakanan, mereka banyak hentam ikut sedap. Contoh, banyakkan minum air yang dimasak. Dah kalau pokok pun mati kena siram dengan air masak (yang mana oksigen kurang), kalau manusia apatah lagi.

Kesimpulan, bersederhana. Ikut sunnah. Habis cerita. Badan pun sihat. ^_^

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.