The Other Side

Edisi Saya | Sayang Yang Tak Terucap

Assalamualaikum w.b.t.

Background music:
Rayuan Nurani by Saffone.

Sayang.
Bukan Cinta.
Semua boleh sayang, tapi tak semua boleh cinta.

Dan berbeza apabila dikhabarkan tentang penyakit wahan.
Cintakan DUNIA dan Takutkan MATI.
Allah.
Kenapa cintakan DUNIA, sedangkan dunia itu sementara, fana, tak kekal.
Perbandingan Indah nikmat dunia dan Akhirat yang kekal itu jauh berlipat ganda.
Allah sahaja Tahu.
Wallahu'alam.

Topik.

Iya.
Saya sayang sahabat saya.
Kalau pom tak pernah terluah kat bibir ni,
saya lafaz saya sayangkan awak.

Kalau pom awak cakap awak sayang saya,
Gembira.
Tapi hati awak Allah tahu.
Ikhlas itu Allah tahu. Lafaz sayang awak, awak jugak tahu ada erti atau tidak.
Sekadar menjaga hati cuma.
Kerana hati itu Allah pegang.

Gebang cerita hati,
agaknya sampai mati tak selesai mungkin.
Kerana hati Allah yang pegang,
saya takut.
Takut awak lalai, takut diri hina ini hanyut.
hati insan yang ada 'expired date' ini selalu berbolak balik.

Cuma satu.
Bila saya cakap saya sayangkan awak.
Andai tak pernah jumpa, 
walau dah 10 tahun terpisah,
awak tak pernah datang rumah saya biar pom kita jiran.
Saya erti apa yang saya cakap.
InsyaAllah.



Sayang ukhuwah muslim.
Sekurang, kirim lah doa, 
semoga Allah kuatkan Iman, Istiqamah mencari RedhaNYA.

Dan,
kerana hati kita Allah yang pegang.
Saya harap,
awak jumpa jodoh,
yang hati dia Allah pegang juga.
yang tiap denyut jantung telus menyebut nama Ilahi.
Acap kali melihat dia, kita teringat mati.
Itu sahabat sejati, baru kena nak sebut...

Ukhuwah fIllah abadan abada

Saya malu, andai saya lafaz tanpa maksud.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati Minta Allah Kuatkan.

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: kalau pom diri lalai, iman diri tengah bergolak lawan hawa nafsu.
khilaf diri tegur lah sahabat... :) 

Heh, siapa nak Ayat balik ???

4 comments:

megat isa said...
January 3, 2012 at 3:03 PM

aku ingat kat ko cik ya ohoho. baru dapat online. tu kerap aku update. ohoho.

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.