The Other Side

Kamu Tak Tahu Yang Bila...

...

Bila sedang syok berbual dengan aku melalui telefon
Aku tiba-tiba gelak
Atau buat bunyi " Owhhh~"
Balas ayat dengan "Hmmm~"

Sebenarnya
Aku tak dengar pom apa yang kamu duk beria cakap tu
Tak pom aku tak faham apa lar yang sedang dibualkan

Bila kamu tanya,
"Kan?"
Haa, ini peluang emas aku untuk balas,
"Ha ah"
Simple kan ^^

Tak pom aku jujur lar sikit
Sebab tak boleh jawab kamu tanya
"Apa pendapat kau?"
Aku akan mengaku aku tak dengar atau tak faham
Mintak buat siaran ulangan

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Fokus

[kucing aku reti gigit dan main kuis-kuis handphone jer]

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: selalu berlaku bila dia cakap tak berhenti dah aku dah mula hilang fokus
pernah sekali kantoi ngan member aku
yang lain tak pernah tahu rahsia teragung nih
*miahaha*

p/s lagi: korang pernah tak buat macam ni ? :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Perempuan Bila Prejudis

Assalamualaikum w.b.t

Dia prejudis apabila janda yang melintas
Padahal janda itu bukan janda berhias
Tapi balu kehilangan suami..
Yang tersayang

Dia tak merasa apa yang wanita itu telah hilang
Yang dihiraukan cuma suami..
Ya, suami yang mungkin curang

Kamu lupakah,
Dia baru sahaja kehilangan,
Bukan terpisah ikatan perasaan..
Tapi kekalnya yang tersayang di dalam sana
Tak kan pulang melainkan akhirat pula

Lagi, buat apa kamu bimbang
Dia bukan janda berhias
Yang selalu dimomokkan gersang
Dia balu kehilangan

[orang Islam, kena redha dengan apa yang Allah takdirkan]

...............

Apa yang aku tulis kat atas tak tahu dalam kategori apa
Kenyataan...

...............

Keluarga aku pernah kehilangan
Dia masih meneruskan kewajipan
Silapkah dia singgah di masjid untuk solat
Sehingga dikatakan..
"Tak habis idah lagi, mana boleh keluar rumah"

Kalau ikutkan darah panas
Masa tu jugak aku pergi lempang yang berkata
Hairannya,
Yang berkata..
Datang masjid, mengaji Quran ramai-ramai, dalam kumpulan
Prejudis kamu terhadap yang kehilangan begitukah?
Sungguh aku memang rasa nak lempang
Tapi hormat masih ada, berani cuma rasa kata sahaja

Insecurity, mungkin itu yang dapat aku simpulkan untuk perempuan macam dia
Rasa tak selamat.
Padahal mak aku dah tak tinggal kat situ,
Rumah pom dah bagi sewa,
Singgah masjid solat sebelum jemput abang aku pulang sahaja

Memang dia takkan baca blog aku
Ini cuma luahan aku
Yang kesal dengan sikap prejudis manusia
Harap semua dapat positifkan minda
Husnu-zhon
Bukan semua perempuan itu sama

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Mulut...

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: sampai bila aku nak beli baju raya, Ma cakap, 
"Tak payahlah beli, takde siapa dah nak tengok...Ma pakai yang tahun lepas je"

p/s lagi: Aku peduli apa, mak aku, kena pakai lawa-lawa..
kamu prejudis ker apo jangan kesah..

[diam lebih baik dari mengata sakitkan jiwa]


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Men Are So Confusing

Assalamualaikum w.b.t.

.............

But girls are much more confusing...

.............

Sebab, 
Bila hati dah suka, susah nak lupa
Hook by apple pie ker
Stunt by peach cobbler ker
Driven away by chocolate indulgence ker
Tempting like ice-cream ker

Sebab,
Bila dah suka, memang susah nak lupa

Semua aku cakap pasal makanan, sebab bila aku makan yang best, boleh buat aku gembira
Tapi, bila dah hook, stunt, driven away dan tempting by someone.
True, it is sure do hard to forget

[sedih tapi realiti...]

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Jiwa

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: ini kisah benar, kisah siapa ? 
pada aku, semua yang ada rasa tak kesampaian memang akan rasa macam ni..
i hope someday, you can totally over him

[aku tulis entry ni dengan rasa berbelah bagi]

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Mata Aku Mata Lelaki

Assalamualaikum w.b.t..

Haha,
Aku bukan berniat nak sama taraf kan darjah kedaulatan mata lelaki ker perempuan
Cuma
Ini cerita pasal MV Hindustan hari tu
*betapa besarnya pengaruh Hindustan kat aku akhir-akhir ni*

Sedang bergembira tengok mereka lari-lari kat ladang bunga
Golek-golek jatuh atas salji walaupun pakai skirt pendek..
Aku layan
Sebab lagu best

Tiba-tiba aku cakap,
"Body artis Bollywood lawa-lawa kan?"

Member aku jawab,
"Ye lah, dah mereka selalu menari, memang body lawa"

Aku
"Tak, maksud aku, memang body lawa, gebu.."

Member aku dua-dua orang terus gelak
Sorang terus cakap,
"Pergh, ko pom ukur badan perempuan jugak eh"

Nada tak bersalah
"Dah dorang tunjuk, aku tengok je lah, cuci mata, mana tahu kalau saiz sama macam model"

[lelaki sejati kena pandai jaga pandangan kan.. :)]
*aku terkecuali kot???*
Miahaha

Ada orang cakap,
Kalau perempuan cantik, nak seksi-meksi okey lah sikit
Boleh cuci mata
Tapi kalau yang tak berapa nak lawa pom nak seksi-meksi jugak, tu yang tak tahan..
Sakit mata ???
*tu terserah kat mata yang memandang 'free show'*

Bagi aku,
Cantik ker, body lawa ker,
Simpan untuk diri sendiri lah, tak perlu nak tayang satu dunia
Semua dah pandai fikir baik buruk kan..
*mode ceramah*

[siapa setuju angkat tangan!]

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Diri lagi..

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: aku tak ukur hero Bollywood, geli weyh..erkk! ^^'


Heh, siapa nak Ayat balik ???

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum w.b.t

Entry ini bertujuan untuk menaikkan semangat aku siapkan semua kerja
Malam ni nak siapkan report..
Dan ganjaran dapat siapkan report adalah tengok Cerita Barbie ???

[target nak tengok yang ni]
^^

haha
Jangan gelakkan aku sebab selera macam budak-budak
Aku suka tengok anime atau kartun yang comel-comel
Kalaulah tak comel pom selagi jalan cerita best aku layan

Sebelum aku lepak bilik member aku layan MV Hindustan
Dia tengah pasang lagu barbie Girl by Aqua
Aku bantai gelak sebab semangat dia nyanyi.
dan lirik lagu tu agak kelakar..

:: Imagination, life is your creation ::

Aku rasa kanak-kanak tak elok didedahkan dengan lagu ni ?
Mungkin budak perempuan dikecualikan..
Adeh!

Ker aku salah tafsir lagu tu ??
haha
Lupakan, pendapat aku tak penting pom

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Preference

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: cerita Barbie kan selalu ada hari ahad, aku pernah berniat nak ponteng sekolah dulu-dulu semata-mata nak tengok cerita tu..
tapi tak ponteng pom~
kecewa je lah.. ^^"

[kalau heroin Barbie dah tua, dah kurang sedikit keinginan nak tengok]
hahaha

p/s lagi: dan hero Barbie selalu hensemm..miahaha :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Dua Hari Penuh Kalori...

Assalamualaikum w.b.t...

[new york cheese]

[cheese choc]

[seafood lasagna]
*dah luak sikit sebab lapar sangat, pizza lambat sampai...*

Tak terkira berapa banyak lebihan kalori yang akhirnya menjadi lemak-lemak dalam badan
Dalam sem ni, boleh kira dengan sebelah jari berapa kali aku jogging kat tasik tu

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Badan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: rasa macam cacing yang mengidam nak makan ini semua, aku tak bersalah..
hahaha

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Pantun Nak Jual

Assalamualaikum w.b.t

Tema random
Sebab ikut terlintas jer kat kepala nih..

Orang sayang dia nak sayang
Buah hati rantai kat pintu
Orang berang dia nak berang
Perangai diri berubah selalu tak tentu

Datang rumah ketuk pintu
Calon datang nak jadi menantu
Syarat harta bukan tak mahu
Bahagiakan pasangan nombor satu

Sana kahwin sini tunang
Usung diri hadir walimah
Hilang jodoh jangan dikenang
Tetapan Allah memang berhikmah

Buruk rupa harta tiada
Resah hati siapa tahu
Keluh jangan takdir sedia
Kita redha Allah tahu

Jenuh pinang semua tak mahu
Calon dipilih kena setaraf
Buat pilihan semahu-mahu
Luaran dalaman kena iktiraf

Rindu langit nak petik bintang
Nak isi penuh satu telaga
Kita hidup bukan seorang
Hidup bermasyarakat kena berjaga

Okeh,
Lepas siap pantun kenapa macam banyak jiwa-jiwa jer..
haha
Biarlah
Asal ku bahagia
*karang sambil dengar lagu Ku bahagia by Melly Goeslow*

[Pic comel macam ni banyak kat SINI..!]


Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Jiwa..

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: to Marlyana Syaza, harap ni bukan pic abuse, jumpa kat google..
hee~ 
thanks! :)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Heart Vacancy...

Assalamualaikum w.b.t..

Hati aku takde kena mengena dengan tajuk okeh.

Cuma nak cakap aku review lagu Heart Vacancy by The Wanted
Okey lar jugak..
Lirik pom agak meaningful

The Wanted - Heart Vacancy Lyrics
[saja letak, kalau ada yang jenis tengok penyanyi dulu baru tengok lagu..]

...............


I hear your heart cry for love
But you won’t let me make it right
You were hurt, but I decided
That you were worth the fight


I hear your heart call for love

Then you act like there’s no room
Room for me, or anyone
“Don’t disturb” is all I see


Close the door, turn the key
On everything that we could be

If loneliness would move out
I’d fill the vacancy
In your heart, in your heart, in your heart...


................

Aku tak nak letak banyak-banyak..
Macam aku ni suka sangat letak lirik lagu..
haha
Nak pilih yang menarik deria pendengaran aku je
Yang berbunga hati bila dengar..
kahkahkah

Hati korang berbunga tak ???

Ini heart vacancy
Bukan post vacancy

Kalau berkenan, tak perlu hantar resume siap cover letter
Cuma, approach tuan punya badan
Pergi interview confidently dengan 'bakal' mertua..
Semoga berjaya!

Berminat tak ??
hee~

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Kekosongan ?

:: Salam Satu Aqidah! ::

[hati berbunga lah ni kan..]

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Definisi Bahagia...

Assalamualaikum w.b.t...

Apa definisi bahagia kamu ???

Aku,

Bahagia bila keluarga aku bahagia,
Semua sihat zahir batin..
Kawan bahagia, saudara bahagia
*walau kadang-kadang kalau ada yang dengki pom aku positifkan jiwa dengan mereka*

Bahagia bila semua kerja siap
Boleh goyang kaki

Bahagia bila
Mood aku tak kena spoil pagi-pagi..
hahaha

[macam pasangan, cari yang boleh bahagiakan kita, kan ?]
*nak cari yang boleh buat aku gembira*

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Kebahagiaan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: kalau kamu bahagia buat aku begini, aku tumpang bahagia untuk kamu.. :)

Heh, siapa nak Ayat balik ???

"Hati kaum hawa"

Assalamualaikum w.b.t...


"...cakap tu tak sama seperti apa yang dia rasa.Tapi dia nak kita faham tanpa dia perlu memberitahu..."

Quoted dari Zalin..!

Part tu sangat setuju
Orang cakap bagi hint ala-ala hidden message
Biasanya benda macam ni berlaku kalau cakap pasal soal hati jiwa perasaan

Jujurnya,
Kalau cakap tak sama seperti yang dia rasa..
Situasi lain,
Lebih kepada insiden I perli you perli I balik! Tak faham ker?
Berlaku kalau cakap kat orang yang kalau cakap terus-terang tak lekat kat otak
Kena trigger sensitiviti hati baru nak berubah

Umumnya,
Perempuan tu biasanya malu
Cakap pom nak kias-kias
Tak straight forward macam lelaki

Jadi, kalau tak faham apa yang Hawa cakap
Ala-ala blur tak sampai hidden message Hawa
Aku prefer tanya terus,
Terus cakap apa maksud dia
Aku akan jawab sejujurnya insyaAllah

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Kiasan..

[Hawa kompleks sebab kena think her words through..?]

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: haha, macam serius je jawapan aku..ngee~ :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Bila Aku Tanya Mak Calon Menantu Pilihan...

Assalamualaikum w.b.t

Soalan ini aku tanya mak aku dalam sebulan lepas..
Dah lama aku nak tanya
Cuma mencari masa yang sesuai

Kalau telefon pagi-pagi nampak macam semangat amat!
Telefon petang nanti mak aku jawab gitu-gitu jer
Aku tanya malam-malam
Nak dekat-dekat kul 12.00 malam
Baru ada feeling nak jiwang-jiwang ngan mak..
hahaha
*sorry Ma, kacau Ma tengah baca Al-Mulk*

Reaksi mak aku...
"Hah!, Belajar betul-betul dulu.."

Aku dah agak dah, jawab,
"Dop, sajo jah tanyo, Ma keney Ore lagu mano??"

Selepas dipendekkan sesi kejut-mengejut mak dan aku

[kalau anak sedara aku paham, mesti terkejut jugak sambil cakap, Cikya gatal]
Adeh!

Ma jawab,
"Cari yang beriman, boleh jaga anak Ma, boleh tumpang, boleh terima keluarga kita"

Aku tanya,
"Ox hensemmm Ma dop sey ko??"
*aku dah sengih-sengih masa ni biarpun mak aku tak nampak sebab cakap telefon*

Ma balas,
"Boleh lah, yang sedap mata memandang.."

Dengan pantas aku respon,
"Okeh, nati nak cari yang sedap mata memandang..ngee~"
"Kalau *****lah, nak cari yang macam Abah!"

Aku tanya Ma,
"Abah romantik dop??"

Ayat Ma dah sayu,
"Romantik Abah tak tunjuk kat orang, masa gi Perth dulu, kat Abah masih baring atas riba Ma"
*suara Ma macam gembira-sayu*

Aku tak nak Ma sedih-sedih,
Kenangan itu manis, tapi perit bila dah tiada..
Aku tamatkan soalan gatal aku dengan..
Ketawa gembira, 
Cakap terima kasih sebab layan aku mengarut
Thanks Ma!

[jangan tough sangat, aku geli..hahaha]

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Kenangan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: sebab mak aku terkejut betul-betul bila dia tanya kenapa??
aku cakap nak isi borang cari jodoh!
hahaha
kalau mak kamu, mesti terkejut macam mak aku jugak kan ?? :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Drink-Drank-Drunk!

Assalamualaikum w.b.t...

Ini cerita bukan pasal minuman beralkohol okeh.
Cuma nak cakap..

Aku pernah berbuka puasa ramai-ramai..
Agak besar majlis itu sebab libatkan senior sekali..
Biasa ah,
Dengan gaya ayu sopan santun mesti kena tolong-tolong siapkan makanan air untuk berbuka
*jaga imej!*
hahaha

Air sirap dengan hirisan oren jer
Sebab sedap..
Bergelas-gelas aku minum..
Malam tu buncit dengan air sirap jer
Makan takde lar gah sangat sampai tambah-tambah..

Sebenarnya,
Terlebih buat air, 
Demi elakkan membazir gaya gadis ayu sopan..
Minum banyak-banyak

Kalau lah sirap tu macam drug
Sah-sah malam tu jugak aku kena masuk hospital..
:: Sirap Toxicity ::

  
[sirap dan oren bergabung tenaga]

............

Ada kawan aku masa matrik dulu suka sangat air jagung, 
Boleh kata asal pergi kafe jer order air jagung
Satu hari aku cakap,
"Ecah, kalau minum banyak-banyak air jagung kuning nanti buah pinggang.."
Dia,
"Eh, ye ker?? Kalau macam ni tak mau lah minum air jagung lagi.."
Aku terkesima dan gelak-gelak
"Ecah ni, mana ada kidney kuning sebab air jagung, kalau minum sirap merah lah buah pinggang??"
Dia lagi,
"Alar, main-mainkan kite.."
*dialog lebih kurang macam tu lar*
..............

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Kelurusan

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: haha, aku rasa Ecah terkejut sangat, tak sempat fikir kidney mana ada jadi kuning sebab air jagung, 
bila air feveret dia menjadi persoalan..
Sorry Ecah!

p/s lagi: jangan lurus sangat, senang kena tipu, aku jual kat Chowkit!
siapa nak beli ?? :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Aku-Copy-Dia-Copy-Aku ???

Assalamualaikum w.b.t..

Aku-Copy-Dia-Copy-Aku

Adeh!

Cekodok..! cakap...
"tulis mengikut hati.."

Aku cakap, 
Jangan suka-suka copy..
hahaha,
Bajet macam ada hak cipta terpelihara jer aku nih

Hakikatnya,

Orang macam-macam
Dan kalau lah nak ada idea sama macam orang lain
Cuba lar rephrasing balik ayat tu ker
Aku bukan nak ajar kamu buat plagiat ker apo..

[tak elok untuk masa depan..]

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Originality

:: Salam Satu Aqidah! ::

p/s: sambil tulis aku imagin perasaan membuat tesis sambil cedok sebijik-sebijik daripada research project orang..
Idea sendiri lagi bagus, kekalkan originality..
peace! :D

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Kamu Takde Kerja Ker Apo Eh???

Assalamualaikum w.b.t.

Aku baru balik dari bergelak ketawa tengok MV Hindustan lama-lama kat bilik kawan aku..
Tengok laptop terus bukak blog..
Blog aku..
Hadiah yang aku dapat..

hahaha
Aku ketawa sorang-sorang
LOL 10 kali !
Ada jugak orang nak buat macam ni kat aku
Adeh!

Blog aku ni blog picisan
Aku dah cakap tak reti setting-metting nih, Fail
Apa yang aku tulis apa yang aku rasa

Who the Hell are you ??
Memang sah kamu takde kerja eh..

Blog buruk, cerita tak menarik, tak cantik
*aku taip tanpa sekelumit keciwa*
Jangan habiskan tenaga tinggal komen kat shoutbox aku

Miahaha
Ada aku kesah ???

:: All Hail Cikya ::

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Jari Kamu Boleh ??

:: Salam Satu Aqidah! ::

[hingus dan budak tak boleh dipisahkan]

p/s: aku tak marah derr, yang aku hairan, rajin pulak datang bebel kat shoutbox aku DUA kali..
kahkahkah
Dang!, You are so pathetically funny~
Aku masih ketawa...

Heh, siapa nak Ayat balik ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.