The Other Side

Bomohkan Orang Ni Best...

Assalamualaikum w.b.t...

Cettt, siapa yang cakap tu memang nak kena lar.
Dah tak tahu hukum hakam haram halal dah ker ? 

Rumah tepi jalan, berpagar besar, banglo dua tingkat, dari luar gah melihat. Banglo lama, pagar dah berkulat, nak dicat baru tunggu roboh waktu kerajaan nak besarkan jalan. Jalan pula, selalu bingung, apakah tunggu kerabat Raja lalu dahulu baru nak diperelokkan? Berlubang tampungnya tak sekata, rosak kereta, niayanya kami yang pendapatan tak seberapa..
Keluhan rutin acap melalui jalan rompong itu.
Apa bukan gigi sahaja tahu rompong.

Bila tengok orang lebih dari diri, mula rasa dengki. Iri tak tentu hala. Dia kaya, dia mewah, selalu berbelanja. 
Kamu kena tahu, belanja tu pakainya duit, pernah dengar tentang kredit kad ? Ya, bukan semua benda beli pakai cash. Tuan rumah itu kadang guna kredit kad untuk belanja. Yang kamu nampak luaran sahaja.

Jangan dikutuk akan gunanya bazir bukan harta kerana kredit kad. Orang selalu fikir, rumah besar, kereta banyak, dah kira berada. 
Apa lagi, mesti pecah rumah dia, curi apa yang patut. Itu pendengki komplot susahkan manusia yang didengkinya.

Lupakan pasal komplot hina mencuri si 'berada'.

Kamu,
"Asyik-asyik belanja."
- hati mencemuh, tak puas hati kerana dia lebih dari kamu -
Otak dah kurang waras agaknya, 
"Kita bomohkan sahaja dia, biar dia sakit, satu keluarga sakit."
Jejak langkah mengheret nyawa mencari bomoh buatkan orang.
Tak sedar, kalau mati orang tak maafkan, sedekah pahala kamu belum tentu cukup. Lagi kalau yang dibomohkan mati kerana perbuatan hina tu.
"Kita bomoh dia sampai dia tak larat bangun, asyik ke surau, berlagak alim."
Bukan nak teladani yang baik, halang orang buat kebaikan.

Okeh, cukup karang ayat tak cukup bunga.
Aku hairan, kenapa mesti bomohkan orang kalau dengki? Kau tahu bomohkan orang je, pernah rasa tak kena bomoh?
Kalau ikutkan iman tak seberapa, bomohkan kau balik, syirik dah belakang kira, biar kau rasa sikit kena bomoh tu macam mana.
"Hahaha, aku gelak jahat."

Dah dah lah, 
semalam dengar Tanyalah Ustaz kat tv Al Hijrah.
- siaran ulang tahun 2010 lagi -
Tanda taubat diterima Allah.

  1. Tak rasa dengki iri hati dengan orang lain
  2. Tak sebulu se'ngam' dah dengan orang yang buat maksiat
Dua lagi dah lupa. Sebab tu majlis ilmu kena catit, benda yang elok senang je lupa, yang tak senonoh cepat je ingat... Jangan buat gaya dato' datin datang ceramah talk riba tangan gaya tahu semua kan.

Kalau pernah terbomohkan orang, cepat-cepat lah taubat. Dosa syirik tu dosa besar. Jangan satu masa kita duk aniaya orang, nanti kita dah takde, orang pulak aniaya keturunan keluarga kita. 
Selalu, karma itu ada. Hidup ada bangun jatuh.

Cuba fikir macam ni. Apa kau ingat best ker kena bomoh santau santau ni?
Sabarlah siapa yang pernah terkena, Allah uji hambaNya berbagai cara. Ya, pulang berserah kepada Dia juga. 
Wallahua'lam.

Jaga Diri, Jaga Iman, Jaga Hati Jangan Dengki

:: Salam Satu Aqidah! ::

P/s: berkat itu hak Allah, berkat hidup kau jangan cuba nak bomohkan orang.. :D
Serius, ini entry serius kan ? ^^


[ red rose and black magic ada kaitan tak?]

Heh, siapa nak Ayat balik ???

11 comments:

Haru Biru said...
June 28, 2011 at 2:27 PM

hehe... jalan kat kawasan elit sini pon mcm haram.... sia2 bayar cukai.. perabis duit... kemudian dengan bangganya mengistiharkan itu projek kerajaan.. itu hasil kerajaan.. nak plak kita bersyukur pada kerajaan... padahal... duit rakyat...



sihir dan melayu sukar dikikis... zaman dah berkembang.. ilmu juga semakin berkembang... di mna2 saja ada majlis ilmu... kesian jugak... kerana salah diri kerana tanak luangkan masa untuk belajar ilmu akhirat...

[Reply to comment]
Rain said...
June 28, 2011 at 4:44 PM

1) ada jenis manusia yang tidak boleh melihat kesenangan org lain - busuk hati

2) manusia mudah terpengaruh. pengaruh media, pengaruh filem hantu - akal ada tapi tak berfikir

[Reply to comment]
Cikya said...
June 28, 2011 at 6:18 PM

Haru,

jalan kalau buat tar baru pom tebal setengah inchi, mana tak senang nak tercabut berlubang.. cakap buat itu rugi sini, buat ini rugi sana. depa duk membazir nak kata apo? barang naik rakyat pakat makan ubi..haha

sihir, entahlah, nak kata orang kampung buat, orang bandar pom sama, duk percaya kat benda macam tu. harap dapat petunjuk dan kita tak jadi macam tu.. :)

[Reply to comment]
Cikya said...
June 28, 2011 at 6:28 PM

Rain,

busuk hati, nak buat rawatan macam mana, majlis ilmu takmau dengar..
buka mata, dengar semua, reflek diri kan..

kalau pom pengaruh media semata, punca idea semua carita hantu dari kes realiti jugak kan. digarap menjadi cerita...
makin menjadi-jadi..
kurang fikir, salah pilihan, silap langkah. Nauzubillah..

[Reply to comment]
saya bukan tomato said...
June 29, 2011 at 7:29 AM

tu la . org tak betol je bomoh2 kn org ni .. haishhh -..-''

[Reply to comment]
Cikya said...
June 29, 2011 at 7:34 AM

Tom,

betul tak betul, berpangkat, kaya tua muda miskin pom nak ambik share main bomoh-bomoh orang ni..
adeh...

[Reply to comment]
Aesya Zealous said...
June 29, 2011 at 10:43 AM

betul, ni entri serius.

manusia skrg macam2. lupe implikasi bila bomoh2 ni. semua pun nak cepat. tak ada daya saing

[Reply to comment]
fiezah91 said...
June 29, 2011 at 1:13 PM

ada sesetengah mausia memang pantang dan tak senang melihat orang lain senang. busuk hati.

[Reply to comment]
Unknown said...
June 29, 2011 at 5:30 PM

orang kiter..memang selalu camtu..penuh dengan hasad dengki..sikit2 nak bomoh..cuba la berusaha sendiri

[Reply to comment]
Cikya said...
June 30, 2011 at 2:55 AM

Aesya,

bomoh-bomoh ni, selalu nak kenakan orang je, kalau bomoh mintak tikam-tikam nombor tu entahlah, jarang kut kena..Ngankung? Eheh :D

Fieyzah,

bila lar nak berubah kan, doa mintak Allah buka hati, dijauhkan jadi macam tu.. :)
hati itu Allah pegang, tapi Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum selagi kaum tu tak ubah sendiri..
wallahua'lam

[Reply to comment]
Cikya said...
June 30, 2011 at 2:57 AM

Apik,

tak tahu nak kata apo. Yang membomoh ni tak pernah rasa kena bomoh, kalau kena kat diri sendiri baru nak insaf kot..
Tapi, hal bomoh ni, kalau Allah tak izin, memang takkan jadi. dan Allah memang duga hambaNYA.. :)

[Reply to comment]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.