The Other Side

Ingin Kurusss ???

Assalamualaikum w.b.t..

Diulangai soalan itu..
Ingin kurusss ???
Cuba angkat tangan siapa yang tak mahu kurus..
tapi isu kurus ni menyentuh sensitiviti jugak lah..
Aku pernah tengok America's Next Top Model..
Hee, tak baik cuci mata tapi aku tengok pom part juri duk komen gambar jer..
Masa models-to-be duk membebel gaya tak puas hati ker tengah buat tugasan, aku agak malas nak tengok..
suka layan final product! eheh!
Tahun lepas kalau tak silap, ada sorang model, first round lagi kot, cakap berdegang-degang, akulah yang paling layak menang, akulah layak sebab aku pandai posing segala bagai..hailoh, tengok-tengok first round lagi dah keluar sebab dia masuk golongan terlampau kurus dah macam aneroxia..
Kalau terlampau kurus pom tak best..tak best..sedap tak sedap peluk! nanti gaya macam peluk skeleton jer..
Tak mau, tak mau lah kurus sampai gitu..kurus cuma sekadar nak sihatkan badan, buang lebihan lemak tak tak patut ada kat badan nih. orang cakap, BMI (Body Mass Index) tu dalam julat normal lagi..
Huh! Julat?? Range lar.. gaya tanya macam dah fully blonde jer, haha, teringat masa belajar matematik dalam bahasa Melayu dan matematik dalam English..sangat berbeza.
Dah, dah, dah melalut sampai belajar matematik pulak..

Al-kisahnya, aku nak cerita pasal nak berdiet itu memerlukan ketekunan yang sangat hebat. Sangat Hebat okeh! sebab boleh menahan nafsu makan yang selama ni aci bantai jer ape yang terlintas kat otak dan terhidang depan mata. Aku memang surrender lah bab-bab nak berdiet nih, sebab kalau tiba masa mengidam tuh, memang tak cukup ingat lah, terus lupa diri..hahaha. Yang pasti, puasa itu adalah cara terbaik untuk menyihatkan badan sambil-sambil menguruskan badan. tapi cara puasa tu kena betul lar jugak. Macam dilarang makan 3 pinggan nasi masa berbuka dan lepas tuh tidur, Oh tidak! Comfirm diet anda tak menjadi.. 
Sekarang sedang menilik kalendar, menghitung hari, menghitung detik masa. Heh!, semua tuh samalah, saje jer kan nak kasik panjang ayat ^ ^'
Mengganti apa yang patut, sebelum terlambat..
Masa berlalu dengan cepat, tengok-tengok esok bangun aku dah kahwin! ehh!! Melampau tuh, tengok-tengok esok dah habis belajar tuh aku boleh terima lagi..
Sekarang dah Februari *tiba-tiba aku was-was cara nak eja Februari nih*
apa-apa pun, buat segala yang patut sebelum terlambat.

:: Amanat ::
Kepada yang nak berdiet, selamat berdiet. 
Kepada yang nak melunaskan hutang, buat cepat-cepat, ajal maut takde siapa tahu. Kepada yang nak ber'exam', selamat menyambut peperiksaan. Ohoi!

Jaga diri, jaga iman..

:: Salam satu Aqidah! ::

Heh, siapa nak Ayat balik ???

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Geng Mengayat

Back to Home Back to Top Ayat-mengayat..heh!. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.